awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menerobos terowong masa 1957, hayati erti kemerdekaan

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2017
11:45 MYT
Menerobos terowong masa 1957, hayati erti kemerdekaan
Bagaimana agaknya suasana ketika tanah air mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
BAYANGKAN, anda berada di Tanah Melayu pada 60 tahun lepas. Bagaimana agaknya suasana ketika tanah air mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
Sejak 15 Ogos lalu, Astro AWANI menerusi kempen #60JalanMerdeka membawa pembacanya menerobos terowong masa ke tahun 1957 di garis masa Twitter, bagi menghayati detik-detik persiapan menyambut kemerdekaan di garis masa Twitter.
Sudah tentunya kembara masa 48 jam, laporan detik bersejarah di saat dan ketika ia berlaku pada 30 dan 31 Ogos 1957 diperincikan bersama-sama sokongan media seperti gambar dan video.
#60JalanMerdeka Apakah gambaran wajah kita sewaktu detik kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dirakamkan dalam media sosial 60 tahun lalu?
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) July 16, 2017
Hujan disertai ribut di Kuala Lumpur, dijangka berterusan sehingga subuh. Bagaimana sambutan Merdeka pukul 8 pagi nanti? #60JalanMerdeka pic.twitter.com/L4FEXAiCZs
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Beberapa trivia turut disertakan dalam kempen ini, bagi memberi pendedahan dan penghayatan untuk pembaca Astro AWANI, terutama bagi golongan generasi muda yang kini memilih platform media sosial sebagai sumber informasi dan berita.
BACA: 60 Jalan Merdeka
#60JalanMerdeka Here is a Fun Fact: Did you know a goat participated in the Merdeka celebration parade 60 years ago? @60jalanmerdeka
— Pritha Manivannan (@PrithaM_Awani) August 26, 2017
Jalan-jalan ini ditutup pada 31 Ogos 1957 (5am-10:30pm) untuk sambutan Merdeka. Siapa tahu nama jalan-jalan ini sekarang? #60JalanMerdeka pic.twitter.com/ey4vZaPAai
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Mungkin kerana angka 60 tahun, media tempatan Berita Harian turut membawa pembacanya ke masa silam dengan menerbitkan semula naskhah khas 12 muka surat, yang pernah menjadi muka hadapan akhbar tersebut pada 1957.
#60JalanMerdeka Paparan muka hadapan akhbar Berita Harian bawa pembaca ke 60 tahun lalu. Semangatnya masih sama! pic.twitter.com/hlUnzIcG2J
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Berita Harian menerbit 12 muka surat khas pada 31 Ogos 2017.
Berita Harian menerbit 12 muka surat khas pada 31 Ogos 2017.
Detik 1957 turut mendominasi sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.
Pada sambutan ini, Stadium Merdeka – yang menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957, 'dibina semula' di Dataran Merdeka, sekali gus membolehkan orang ramai dan peserta merasai seolah-olah berada di stadium bersejarah itu.
BACA: Detik 1957 mendominasi sambutan Hari Kebangsaan 2017
Bagi anda yang mahu terokai dan fahami apa yang dikecapi, dipertahankan dan apa yang diperjuangkan generasi lalu, anda boleh terus memasukkan kata kunci #60JalanMerdeka di Twitter, atau terus ke akaun Twitter @60JalanMerdeka.
Topic Berkaitan
#60 Jalan Merdeka
#Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan