awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings

Bernama
Bernama
25/02/2023
04:10 MYT
Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings
Malaysia mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada masa hadapan sekiranya kerajaan dapat mengekalkan disiplin untuk mengurangkan kekangan fiskalnya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada masa hadapan sekiranya kerajaan dapat mengekalkan disiplin untuk mengurangkan kekangan fiskalnya, menurut RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings).
Agensi penarafan kredit itu berkata adalah satu kelegaan yang konsolidasi fiskal kekal sebagai keutamaan tinggi bagi kerajaan sekarang.
"Walaupun masih tinggi, defisit fiskal dijangka lebih baik sedikit kepada lima peratus menjelang akhir 2023.
"Tetapi hutang kerajaan dianggarkan kekal tinggi pada RM1.17 trilion (62 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar) dengan kos pembayaran hutang yang masih tinggi dianggarkan pada 15.9 peratus daripada hasil pada 2023.
"Sekiranya kerajaan dapat mengekalkan disiplin untuk mengurangkannya kekangan fiskal, ini membolehkan negara meneruskan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan bagi mengulas intipati Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat.
RAM Ratings turut maklum Belanjawan 2023 yang disemak semula dengan jumlah peruntukan RM388.1 bilion adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang sosial bagi kumpulan berpendapatan rendah, menyokong transformasi digital perniagaan kecil dan mengekalkan pertumbuhan bagi sektor utama.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#RAM Ratings
#agensi penarafan kredit
#defisit fiskal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan