awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Mamat Khalid: Jenazah dijangka dikebumi selepas zohor

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/10/2021
00:47 MYT
Mengenang Mamat Khalid: Jenazah dijangka dikebumi selepas zohor
Jenazah Mamat Khalid dijangka dikebumikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh, Ipoh.
IPOH: Jenazah pengarah dan penerbit tersohor negara Mamat Khalid dijangka dikebumikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh, di sini.
Astro AWANI turut dimaklumkan bahawa Allahyarham Mamat Khalid, 58, yang meninggal dunia pada 12.30 malam Sabtu, akan disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar pukul 11.30 pagi ini.
Terdahulu, anak kelahiran Ipoh itu dilaporkan jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
Berita duka pemergian Mamat turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.
Sebelum ini, sutradara hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.
Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.
Antara naskhah beliau yang paling diingati ramai ialah filem "Man Laksa" dan "Hantu Kak Limah Balik Rumah".
Allahyarham juga diingati dengan drama-drama komedi arahannya antaranya "Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel", "Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya" dan "16 Puasa".
Allahyarham Mamat dilahirkan pada 6 April 1963 dan dibesarkan di Sungai Rokam, Ipoh.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan dari semasa ke semasa mengenai perjalanan terakhir Allahyarham Mamat di semua platform digital dan Saluran 501.
Topic Berkaitan
#Mamat Khalid
#pengarah terkenal
#Rombongan Cik Kiah
#Hantu Kak Limah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan