awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Siti Sarah: PM ucap takziah, doa rakyat Malaysia diberi kekuatan

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2021
08:56 MYT
Mengenang Siti Sarah: PM ucap takziah, doa rakyat Malaysia diberi kekuatan
Dalam perkongsian di media sosialnya, Muhyiddin akui pemergian Siti Sarah selepas bertarung nyawa di hospital amat memilukan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah Shuib Sepahtu atas pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 awal pagi tadi.
Dalam perkongsian di media sosialnya, Muhyiddin akui pemergian Siti Sarah selepas bertarung nyawa di hospital amat memilukan.
"Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih.
"Semoga ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini," katanya.
Beliau pada masa sama berdoa semoga Allah S.W.T terus melindungi dan memberi kekuatan semua rakyat Malaysia untuk berjuang memerangi pandemik ini. BACA SEMUA BERHUBUNG PEMERGIAN ALLAHYARHAM SITI SARAH RAISSUDDIN
Sumber Facebook TS Muhyiddin
"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah dan redailah mereka yang telah terkorban akibat virus berbahaya ini.
"Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang," ujarnya.
Allahyarham Siti Sarah yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan menghembuskann nafas terakhir pada usia 36 tahun pada pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia jam 5.13 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan suaminya, Shuib dan empat lagi anaknya termasuk bayi lelakinya Ayash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#unit rawatan rapi
#ICU
#COVID-19
#Siti Sarah
#Mengenang Siti Sarah
#Siti Sarah meninggal dunia
#HUKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan