awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Khairy ziarah pusara sebelum majlis tahlil

Asyraf Malik
Asyraf Malik
16/04/2025
14:28 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Khairy ziarah pusara sebelum majlis tahlil
Khairy Jamaluddin bersama anak lelakinya menziarahi pusara Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan di Masjid Negara pada Rabu. -Gambar ABDUL WAFI NORAZMI/Astro AWANI
kUALA LUMPUR: Majlis tahlil untuk memperingati Bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diadakan di Masjid Negara, di sini selepas solat Maghrib pada Rabu.
Antara babak menyentuh hati apabila menantunya, Khairy Jamaluddin dilihat menziarahi pusara Allahyarham di Makam Pahlawan di Masjid Negara sekitar jam 6.30 petang.
Khairy diperhatikan berjeda sebentar di pusara Allahyarham sambil menadah tangan memanjatkan doa dengan penuh khusyuk.
Turut berada di sisi Khairy adalah anak lelakinya, Timor Abdullah Jamaluddin.
Sebelum memasuki dewan solat utama, Khairy sempat menyantuni jemaah di perkarangan Masjid Negara, segelintir hadirin kedengaran menzahirkan ucapan takziah dan kata-kata semangat.
Dianggarkan sekitar 400 jemaah hadir mengimarahkan majlis tahlil tersebut, mereka bersama-sama menghadiahkan bacaan kepada Allahyarham.
Majlis tahlil itu dipimpin Imam Besar Masjjd Negara, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Khairy dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan majlis tahlil akan diteruskan untuk hari kedua di Masjid Negara pada Khamis selepas solat Maghrib, kali ini disertai bacaan Yasin.
“Kami seisi keluarga dengan rendah diri mengundang orang ramai yang berkesempatan untuk sama-sama mengimarahkan majlis tahlil dan bacaan Yasin berkenaan,” katanya.
Tun Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, meninggal dunia di usia 85 tahun pada Isnin, jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Allahyarham selamat disemadikan mengikut istiadat pengebumian negara pada pukul 2.26 petang, Selasa.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#majlis tahlil
#Masjid Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan