awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Persiapan akhir Istiadat Pengebumian Negara berlangsung

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/04/2025
01:15 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Persiapan akhir Istiadat Pengebumian Negara berlangsung
Kumpulan pengusung jenazah yang terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan persiapan bagi menyempurnakan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Persiapan akhir Istiadat Pengebumian Negara buat negarawan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meninggal dunia pada 7.10 malam semalam sedang berlangsung di Masjid Negara, di sini.
Kumpulan pengusung jenazah yang terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan persiapan bagi menyempurnakan istiadat tersebut.
Ia diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Azamri Abdullah.
Penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Perdana Menteri itu dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Jenazah kemudian akan disembahyangkan selepas solat zohor di Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Allahyarham, yang dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri kelima, dan menjawat jawatan tersebut dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.
Pengebumian Negara merujuk kepada upacara pengebumian rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan bagi menghormati tokoh penting negara yang meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#Pengebumian Negara
#makam pahlawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan