KETIKA mana hari ini, orang Melayu berpusu-pusu menyerbu panggung wayang gambar untuk melihat satu sejarah kebangkitan Melayu. Ini membuktikan bahawa dengan kesatuan orang Melayu suatu yang luar biasa boleh berlaku … setidaknya; filem Melayu tidak lagi dilihat sampah.
Mat Kilau, satu watak dalam sejarah telah kembali dan sedang mengingatkan kita bahawa orang Melayu boleh memperjuangkan nasib bangsanya.
Namun saya teringat pada satu lagi watak dalam sejarah yang seolah-olahnya sangat diperlukan dan harus kembali untuk menyedarkan bangsa ini yang sedang tenggelam dalam tidur yang dalam, iaitu Hang Jebat.
Himpunan ICERD dan bantahan pada Tragedi Adib, telah mencuba bangsa ini. Di belakang kebangkitan ini adalah ketakutan tentang 'hantu kom-kom' bernama DAP. Melayu pernah bangkit. Namun kebangkitan yang mengubah kerajaan hanyalah digunakan oleh sebahagian pemimpin Melayu untuk kepentingan mereka.
Kononnya tertegaklah Kerajaan Melayu Islam namun penindasan, kezaliman, tekanan terhadap rakyat, dan ketidakadilan terus berlaku. Yang kekal meragut keuntungan hanyalah pihak tertentu, dan majoriti rakyat kekal tertekan. Namun orang Melayu terus sabar dan berharap.
Kemudian bertimpa dari satu ujian kepada ujian yang lain. Ujian pandemik sudah benar-benar menguji, datang pulak tragedi banjir yang memusnahkan. Kegagalan ketikamana pandemik dan banjir berlaku adalah cukup-cukup jelas. Kematian dan kehilangan harta benda. Rakyat telah mengungguli slogan “kita jaga kita” dan turun kelapangan membantu sedayanya. Kemarahan bersulam ganti dengan redha dan sabar, ketikamana rakyat bertimpa-timpa turun membantu.
Terselit antara tragedi banjir, lakon wayang sebahagian pemimpin yang terus cuba meguji kesabaran dan melakukan ujian kepandaian kepada rakyat, dengan adegan-adegan merenjis air pada selut dan tahi burung dan cicak.
Namun kita sebenarnya gagal melakukan muhasabah tentang punca sebenar kegagalan pemimpin dalam mengurus, mengelak dan mencari penyelesaian tentang pandemik dan punca tragedi banjir itu. Surut air, maka surutlah kemarahan dan rakyat sekali lagi, mengungguli kesabaran kita.
Dari banjir selut ke banjir balak. Alam menyampaikan peringatan atas kerakusan sebahagian manusia. Ketamakan sebahagian kita menjadi mimpi ngeri sebahagian yang lain. Banjir kilat yang menyusul terus menjadi loceng peringatan bahawa kebodoh-sombongan pemimpin dalam meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam amanah mereka. Dan rakyat terus diminta bersabar.
Menjelang kesan pendemik yang semakin bubar. Rakyat kembali bergelut mencari pendapatan. Sebahagian yang tidak makan gaji merasa beban yang lebih teruk dari yang lain. Peniaga dan majikan bergelut untuk pulangan semula modal kesan kemarau ekonomi yang panjang dan hasrat untuk tidak membuang pekerja mereka. Mereka yang hilang pekerjaan mahupun pendapatan menggagahi trauma tekanan mental untuk menyambung kehidupan keluarga. Mereka bersabar.
Belum usai kegersangan ekonomi, rakyat terhimpit lagi dengan kenaikan harga barang bermula dengan harga besi dan bahan binaan, petrol dan diesel hingga ke barangan rumah, minyak masak, sayur, telur dan ayam. Terdengar slogan-slogan bodoh sebahagian politikus untuk membuka ruang import seluasnya atau untuk rakyat mencatu makanan kita. Mereka sedang menguji lagi kesabaran rakyat.
Mereka berlakon tidak tahu apabila ruang import dibuka seluasnya, rakyat kononnya akan tenang dengan harga yang murah seketika. Namun pengusaha, pengeluar dan penternak tempatan menjadi mangsa apabila industri tempatan musnah dan rakyat menjadi hamba “import” yang boleh sahaja naik harga, apabila pasaran perdagangan terjejas oleh apa sahaja alasan. Jawatankuasa dan Majlis Keselamatan Makanan tinggal sebagai satu lagi usaha memperbodohkan rakyat untuk mengajak kita bersabar.
Namun yang kita acapkali dengar dari pemimpin kita adalah pertikaian kerusi politik dan laungan untuk pilihan raya umum untuk mencapai kestabilan. Kita sekali lagi diuji untuk menilai kepandaian rakyat sama ada pilihan raya yang dilaungkan benar-benar untuk mendapatkan kestabilan politik atau untuk menyelamatkan sebahagian pemimpin dari terjerut dalam pengadilan yang sedang menentukan sama ada mereka telah benar-benar merompak dan culas dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Ia juga sebenarnya adalah simbol sama ada kita mahu redha dan sabar pada sistem politik yang rasuah, korup dan memperbodohkan rakyat.
Terbaru, yang dilaungkan adalah untuk merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri. Adakah posisi ini akan merubah nasib rakyat? Sama saja ketamakan mereka, walau manapun belahan politik.
Dan sebenarnya ada banyak lagi cabaran bangsa ini yang kita tidak sedari yang hanya mampu terbongkar jika sebuah kerajaan adil mampu dibangunkan rakyat. Generasi muda yang tertinggal dalam pendidikan, kehilangan pelaburan asing, mata wang yang semakin mengecil, perbelanjaan Kerajaan yang luar biasa namun tiada dampak untuk rakyat, korupsi, penyalahgunaan dan ketirisan.
Semua ini dan banyak lagi sebenarnya yang terbenam dari pengetahuan umum dalam permainan pemegang amanah dan kesabaran atau ketakutan penjawat awam dari mampu berbuat apa-apa.
Bangsa ini sungguh bersabar … sabar atau sangat keliru.
Dalam Bangsa ini juga ada sekumpulan rakyat, yang kerana sabar mereka, atau kerana sifat tamak untuk mengejar kepentingan peribadi, atau sedikit ganjaran jangka pendek telah membenarkan korupsi, penindasan dan kezaliman berlaku dihadapan mata mereka.
Malangnya juga, Bangsa Pahlawan ini tetap bersabar walau mereka inilah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa.
Kenapa saya kaitkan kesabaran dan kebangkitan Bangsa Melayu pada awal penulisan ini sedangkan masalah ini dirundung oleh semua rakyat Malaysia. Ini kerana hampir semua masalah yang saya perkatakan berlaku pada hari ini adalah ketika pemimpin Melayu yang memegang amanah. Saya juga percaya kata kunci kepada permasalahan negara dan politik hari ini terletak pada Bangsa Melayu, jika mereka ingin mengubah nasib masa depan mereka.
Saya mengingati kata-kata seorang adik pada ketika saya meletak jawatan dalam posisi penting di pundak-pundak kuasa. “Apabila orang-orang baik lari dari pundak-pundak kuasa maka yang tinggal hanyalah para perompak, penyamun, dan penzalim memerintah.”
Sama istilahnya ini mungkin dengan kata-kata keramat oleh pejuang penindasan warga kulit hitam di Amerika, Martin Luther King dengan kata-katanya – “Tragedi paling besar bukanlah penindasan dan kekejaman oleh orang jahat, namun tragedi besar ini adalah ketika mana orang-orang baik (bersabar dan) berdiam diri”.
Saya berasa sangat aneh bangsa ini, sabarnya luar biasa. Bilakah bangsa ini mampu bangkit dari dibuli dan ditindas? Bila agaknya Jebat akan bangkit?
Bilakah laungan, 'Raja adil, raja disembah, Raja zalim, raja disanggah' akan bergema kembali. Bangsa sangat memerlukan ini … sekarang. Saya percaya ada Jebat dalam setiap tubuh kita. Maka bangkitlah dengan tujuan yang benar, dan pertahankanlah masa depan bangsa dan negara ini …
[BERSAMBUNG]
* Datuk Nizam Mahshar adalah Presiden, Ikatan Inteligentsia Membangun Malaysia (I2MAM), pernah memimpin beberapa badan strategik dan pemikir dan arkitek kepada Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Beliau pernah menjadi ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, memimpin Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa gerakan rakyat dalam isu nasional.
* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Nizam Mahshar
Sat Jul 09 2022
Bangsa ini sungguh bersabar... sabar atau sangat keliru? - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA
Kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu
Perkara itu seharusnya bukan perkara yang perlu dibimbangi, namun, sengaja dibangkitkan untuk menimbulkan spekulasi.
Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
DAP tidak pernah bantah peruntukan orang Melayu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan DAP tidak pernah menyekat peruntukan melibatkan kepentingan orang Melayu.