Kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Syria dan Mesir mendesak semua pihak membantu bagi meringankan beban yang ditanggung.
Menyedari situasi yang berlaku di kedua-dua negara Timur Tengah itu presiden Dr Rozmey Group (DRG) merangkap pengerusi Yayasan Dr Rozmey, Datuk Dr Che Rozmey Che Din melancarkan tabung selamatkan Syria dan Mesir dengan memperuntukan dana RM350,000.
Sumbangan adalah hasil daripada keuntungan syarikat produk kesihatan itu yang didermakan untuk kerja-kerja amal syarikat bagi membantu mereka yang memerlukan di Syria dan Mesir.
Ianya juga sebagai misi bantuan kemanusiaan untuk disalurkan terus ke negara terbabit ekoran krisis politik yang berlaku yang menyebabkan ramai rakyat menderita dan hidup dalam serba kekurangan.
Dr Che Rozmey berkata, sumbangan itu akan disalurkan khusus untuk penajaan anak yatim dan keluarga miskin, makanan dan selimut, pembangunan perumahan infrastruktur, pembangunan hospital dan keperluan perubatan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM250,000 diperuntukan untuk tabung selamatkan Syria manakala RM100,000 lagi untuk tabung selamatkan Mesir secara berperingkat.
Buat permulaan sebanyak RM50,000 telah diperuntukan ke tabung selamatkan Syria dan selebihnya RM200,000 akan disalurkan dalam tempoh empat bulan.
Untuk itu pihaknya telah mengenalpasti dan akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang begitu aktif dalam misi kemanusiaan di Syria dan Mesir untuk menyalurkan dana tersebut.
Sumbangan boleh dibuat melalui akuan maybank atas nama Yayasan Dr Rozmey di nombor akaun 552068502300.
Sebelum ini Yayasan Dr Rozmey melancarkan tabung misi bina semula Gaza dan sebanyak RM1.5 juta diperuntukan untuk membina sebuah masjid atas nama masjid Nour Ar-Rozmey di bandarkhan Yunis, Bandar Gaza.
Astro Awani
Mon Aug 19 2013
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.