KUALA LUMPUR: Ekzema adalah penyakit kulit yang lazim ditemui dan boleh terjadi pada peringkat usia bayi lagi.
Bagi sesetengah individu, mereka dapat menangani penyakit itu dengan kesan minimum terhadap kehidupan seharian, namun ada yang akan menderita sepanjang hayat.
Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) dalam satu kenyataan berkata berdasarkan Persatuan Dermatologi Malaysia, terdapat lebih 20 peratus kanak-kanak Malaysia menghidap ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik.
Walaupun ekzema tidak selalunya penyakit alahan, namun alergennya boleh memainkan peranan dalam memburukkan lagi keadaan, seperti hama habuk dan bulu haiwan peliharaan, menyebabkan kanak-kanak mengalami alahan terhadap makanan, haiwan peliharaan, hama habuk atau debunga.
Pakar Perunding Pediatrik dari SMCV Dr Melanie Majaham berkata ekzema biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan kulit kering.
"Apabila terdedah kepada pencetus seperti bahan kimia, peluh dan haba, kulit menjadi meradang dan sangat gatal dan ini mengakibatkan kanak-kanak sentiasa menggaru yang seterusnya merosakkan kulit.
"Kulit yang rosak sangat terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan kulat. Kanak-kanak itu mungkin mengalami kesakitan, ketidakselesaan berterusan dan juga demam malah mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan antibiotik dan ubat antivirus IV," katanya dipetik dalam kenyataan itu.
Dr Melanie berkata kanak-kanak yang menghidap ekzema boleh mengalami tompokan merah, kering, gatal pada kulit akibat keradangan dan kerap menggaru sehingga boleh menyebabkan lepuh, meleleh, berkerak atau kudis akibat jangkitan.
Beliau berkata pilihan rawatan bergantung pada fasa mana ekzema berada dan tahap flare-up aktif, dan kanak-kanak mungkin memerlukan krim berasaskan steroid yang penting untuk mengurangkan keradangan dan membantu memecahkan "kitaran gatal, manakala dalam situasi di mana kulit dijangkiti, antibiotik dan ubat antivirus mungkin diperlukan.
"Ibu bapa harus diyakinkan bahawa krim steroid yang diberikan secara betul dan dalam tempoh yang singkat, ia tidak akan membawa komplikasi jangka panjang," katanya.
Dr Melanie juga menjelaskan bahawa semasa fasa subakut atau kronik iaitu ketika kulit menjadi kering, tetapi tidak meradang secara aktif, terapi penyelenggaraan adalah penting untuk mencegah flare-up.
"Ini termasuk krim pelembap intensif yang bebas daripada pewangi dan bahan kimia tertentu. Kanak-kanak juga perlu mandi dengan larutan bebas sabun untuk mengelakkan kulit kering secara berlebihan. Kulit yang basah harus dikeringkan, perlahan-lahan dengan tuala. Air yang terlalu panas cenderung memburukkan ekzema," katanya.
Perunding Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak (ENT) dan Kepala serta Leher SMCV Dr Juani Hayyan Abdul Karaf berkata pilihan rawatan untuk alahan juga berbeza-beza dan bergantung kepada tapak manifestasi untuk rawatan simptomatik.
"Terdapat imunoterapi dalam bentuk suntikan yang tersedia untuk merawat alahan, tetapi ini untuk alergen tertentu seperti hama habuk rumah.
"Reaksi alahan mempunyai pencetusnya, jadi ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka sama ada mudah terdedah kepada makanan atau persekitaran tertentu seperti persekitaran berdebu, sejuk, panas atau bulu haiwan," katanya.
Beliau berkata dalam kes bayi yang baru lahir, ibu bapa harus melihat tanda-tanda alahan atau tidak bertoleransi anak seperti cirit-birit, muntah atau ruam kulit, dan harus menukar kepada susu tanpa tenusu.
Dr Juani berkata walaupun ia bukan kejadian yang jarang berlaku, tidak ramai yang sedar bahawa kanak-kanak yang menghidap ekzema boleh mengalami alahan makanan, rinitis alergi dan asma yang juga dikenali sebagai 'perarakan atopik' yang merupakan perkembangan semula jadi penyakit alahan dari bayi hingga ke dewasa.
Lebih daripada 50 peratus kanak-kanak yang menghidap ekzema menghidap asma pada kemudian hari, dengan 33 peratus lagi mengalami alahan makanan dengan peningkatan risiko mengalami rinitis alahan.
Ekzema disebabkan oleh gabungan pencetus alam sekitar dan genetik dan ia cenderung menjadi lebih biasa jika terdapat sejarah keluarga ekzema atau bentuk manifestasi alahan lain seperti asma atau rinitis alergi. Pencetus persekitaran boleh menjadi faktor tertentu seperti makanan, sabun, krim atau bahan kimia.
Apabila bercakap tentang kehamilan, kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang makan lebih banyak ayam semasa hamil boleh meningkatkan risiko ekzema pada bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambil lebih banyak tenusu, telur dan diet berasaskan tumbuhan mungkin memainkan peranan dalam melindungi anak mereka daripada ekzema.
Oleh kerana pada masa ini tiada ubat untuk keadaan kulit atau alahan lain, Dr Melanie mempunyai satu nasihat buat ibu bapa yang menguruskan ekzema pada anak atau bayi mereka: Melembapkan!.
"Ibu bapa harus memastikan anak sentiasa sejuk kerana haba boleh memburukkan ekzema. Pelembapan berterusan sepanjang masa juga memberi keajaiban dalam memastikan kanak-kanak selesa. Elakkan daripada menggunakan sabun anti-septik yang lebih keras dan boleh memburukkan ekzema.
"Sesetengah ibu bapa berpendapat ekzema berpunca daripada kebersihan yang kurang baik dan cenderung menggunakan sabun antiseptik. Walau bagaimanapun, cara penyelesaian mandian yang lebih sesuai ialah menggunakan bahan yang bebas sabun dan pewangi serta kaya dengan emolien.
"Sabun "organik" bukanlah penyelesaiannya, kerana ia mungkin tidak cukup melembapkan," jelas Dr Melanie.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Kanak-kanak yang menghidap ekzema boleh mengalami tompokan merah, kering, gatal pada kulit akibat keradangan dan kerap menggaru sehingga boleh menyebabkan lepuh, meleleh, berkerak atau kudis akibat jangkitan. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mengurus ekzema anak, apa ibu bapa perlu tahu?
Ada sesetengah individu yang dapat menangani penyakit itu dengan kesan minimum, namun ada yang akan menderita sepanjang hayat.
Anak hidap ekzema, ibu kongsi tip penjagaan dan rawatan berkesan
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan.
Ustaz Kazim mungkin kena ekzema - Pakar kulit
Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran.
MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.
Gadis tikam ibu bapa sebelum bunuh diri gara-gara ekzema
Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana menurunkan penyakit ekzema yang teruk kepadanya.
Tunaikan janji, suami Nora Danish Nedim Nazri bawa bayi ekzema dapatkan rawatan
Nedim Nazri tampil menunaikan janjinya dengan membawa seorang bayi yang menghidap ekzema kronik menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Suami Nora Danish, Nedim mahu tanggung kos perubatan 100%
NALURI dan status sebagai seorang ayah mendorong Nedim Nazri untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema kritikal.