KOTA BHARU: Kurang dua minggu lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, berlaku peningkatan pembelian barangan kemas di Kelantan. sejak beberapa hari lalu.
Peningkatan itu didorong oleh kecenderungan sebilangan besar masyarakat yang sering menjadikan barangan kemas antara perhiasan yang dikenakan pada hari raya.
Selain faktor itu, kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mendorong rakyat negeri itu melabur dalam pembelian emas.
Menurut peniaga emas, Siti Rohani Roslan, sejak beberapa hari lalu, ramai pengunjung berbelanja emas.
Sekalipun, harga emas semakin tinggi, namun, permintaan masih tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan, kata seorang lagi usahawan barangan kemas, Nafizah Ariffin.
“Orang masih datang membeli (emas) walaupun harga masih tinggi… (apabila pengeluaran khas) KWSP sudah diterima, lagi ramai orang akan datang beli emas,” kata Nafizah.
Sementara itu, seorang ahli perniagaan, Zulaikha Nik Nazman berkata, dia sedang membuat pertimbangan untuk membeli emas sebagai pelaburan apabila memperoleh wang KWSP kelak.
“Dapat (duit) KWSP nanti boleh beli emas sikit dan besarkan perniagan sikit… emas ini makin naik (harga) simpan sebagai pelaburan,” ujar Zulaikha.
Para peniaga emas di negeri juga menjangkakan jualan mereka akan bertambah rancak bermula sekarang hingga menjelang 1 Syawal kelak.
Ini ekoran, rakyat Kelantan memilih emas sebagai pelaburan mereka yang boleh digunakan di waktu kecemasan.
Muhafandi Muhamad
Wed Apr 20 2022
Para peniaga emas di Kelantan juga menjangkakan jualan mereka akan bertambah rancak bermula sekarang hingga menjelang 1 Syawal kelak.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak Satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Polis buru suspek larikan barangan kemas RM1.08 juta
Suspek yang masih belum dikenal pasti memakai pelitup muka, topi dan bersarung tangan.
Wanita rugi RM180,000 ditipu skim pelaburan wang dan emas
Seorang wanita kerugian sebanyak RM180,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan wang dan emas, tahun lepas.
Polis Narathiwat gagalkan cubaan seludup dadah
Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis 'ice' atau kristal methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht di Narathiwat, selatan Thailand.
Menjelang Aidilfitri, jualan barang kemas di Kelantan naik mendadak
Sebaik wang pengeluaran khas KWSP diterima, dijangkakan lebih ramai orang akan keluar membeli emas.
Acu parang, ikat tangan mangsa samun rumah kedai
Kedua-dua suspek hanya melarikan diri selepas terkejut mendengar jeritan kuat daripada adik mangsa.
Warga emas ditahan curi barang kemas pada mayat
Kesemua barangan tersebut dikatakan dicuri semasa upacara memberi penghormatan terakhir di sebuah rumah pengebumian di Lievin.
Bukan sekadar perhiasan, aksesori dan kasut tampil personaliti diri
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa.
Wanita jilat barang dalam pasar raya, barangan bernilai RM8,000 terpaksa dimusnahkan
Jurucakap polis berkata, ketika pasukannya tiba di pasar raya berkenaan, mereka diberitahu suspek meletakkan beberapa barangan kemas di atas tangan sebelum menjilatnya.
Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan
Rosmah tiba pada 9.43 pagi dengan pakaian berwarna putih bersama dua anaknya Norashman Najib dan Riza Aziz.
Polis lancar Ops Tutup buru perompak kedai emas di Seri Kembangan
Berdasarkan siasatan awal, empat suspek memakai topi keledar penutup penuh itu meluru masuk ke premis dengan dua daripadanya bersenjatakan pistol.