Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memulakan penyiasatan berhubung dakwaan terdapat monyet yang dimatikan dengan kejam oleh pihak berkuasa.
Menterinya Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata beliau telah mengarahkan satu siasatan terhadap dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah mematikan sebanyak 100,000 ekor monyet tahun lalu.
"Saya sudah maklum berhubung isu ini, namun ini bukan isu atau program baru. Kami telah melaksanakan program sebegini sejak beberapa tahun yang lalu," menurut Douglas.
Douglas memberitahu haiwan berkenaan telah banyak membawa kesusahan dan konflik kepada kehidupan manusia.
"Kami ada menerima aduan dari penduduk Selangor. Pekebun di sana turut terjejas dengan peningkatan populasi haiwan berkenaan, justeru kami perlu mengurangkan bilangan itu," tambah beliau.
Douglas berkata tidak faham kenapa hal tersebut menjadi isu kerana pihak kerajaan telah mengadakan beberapa siri dialog dengan NGO berhubung isu tersebut.
Beliau berkata NGO dan kerajaan telah bersetuju satu pendekatan yang tidak kejam yang boleh diambil dalam mengurangkan populasi haiwan berkenaan.
"Kami dituduh menggunakan cara yang yang kejam namun Perhilitan tidak sesekali menggunakan kaedah tersebut," jelas Douglas.
“Jika NGO boleh memberi maklumat berkenaan tempat dan lokasi di mana kekejaman yang dikatakan berlaku mungkin Perhilitan boleh mengambil tindakan lanjut,” tambahnya.
"Namun begitu, saya telah meminta kementerian untuk menyiasat. Kerajaan BN turut megambil berat dengan apa yang kita lakukan, ia mesti dilakukan dengan cara yang betul," katanya.
Merujuk kenyataan Naib Pengerusi PKR, N. Surendran bahawa kerajaan Selangor mengamalkan polisi “larangan membunuh”, Douglas berkata perkara berkenaan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, dan bukan kerajaan negeri.
Pada Selasa lalu, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) menyeru kerajaan untuk menyelesaikan isu berkenaan dan mencadangkan antara lain kaedah pensterilan atau perpindahan lokasi.
Dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh PKR itu, 97,300 ekor monyet didakwa telah dihapuskan pada tahun lepas atau purata lebih 250 ekor dimatikan setiap hari.
Menurut Surendran, Selangor telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu sebanyak 18,800 ekor.
Teoh El Sen
Thu Mar 28 2013
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Menteri arah siasat isu monyet dimatikan secara kejam
Kenmenterian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memulakan penyiasatan berhubung dakwaan terdapat monyet yang dimatikan oleh pihak berkuasa.