KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur, dengan mengambil kira tuntutan zaman dan dasar keutamaan Malaysia, termasuk bidang ekonomi digital.
Perkara itu dibincangkan semasa pertemuan Saifuddin dan Hayashi di Tokyo pada Rabu, sempena lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jepun, memetik kenyataan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur pada Khamis.
"Menteri Hayashi menyatakan bahawa Dasar Pandang Ke Timur adalah tunjang pembangunan Malaysia dan melambangkan kejujuran hubungan antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu Hayashi turut meminta kerjasama Malaysia berhubung pembukaan awal kampus cawangan Universiti Tsukuba dan Saifuddin menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam perkara ini.
Kedua-dua menteri turut mengesahkan kepentingan kerjasama dua hala, seperti latihan negara ketiga mengenai keselamatan maritim, serta memperluas kerjasama keselamatan.
Tahun 2022 menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur.
Selain itu, Hayashi turut menyatakan hasratnya untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik (AOIP) serta di Laut Sulu-Celebes ke arah mencapai Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka (FOIP).
Berhubung situasi di Ukraine, Hayashi berkata Rusia terhadap Ukraine ia cabaran besar terhadap kedaulatan undang-undang dan pelanggaran kedaulatan serta integriti wilayah yang tidak boleh dibiarkan.
"Kedua-dua menteri turut mengesahkan bahawa perubahan status quo sepihak secara kekerasan tidak boleh diterima di mana-mana rantau, dan bersetuju bahawa kedua-dua negara akan berkoordinasi untuk menangani kesan ke atas ekonomi dunia, di samping mengutuk pencerobohan itu," katanya.
Menurut kenyataan itu, Hayashi turut menyuarkan tentangan kerasnya terhadap percubaan sepihak untuk mengubah status quo secara kekerasan di Laut China Timur dan Selatan serta tekanan ekonomi.
"Selain itu, kedua-dua menteri sepakat untuk bekerjasama mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran maritim," menurut kenyataan itu.
Saifuddin dan Hayashi juga akan meneruskan kerjasama berhubung aktiviti nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk berkoordinasi dalam isu berkaitan cabaran serantau dan global, seperti situasi di Myanmar, Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF) dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk pembaharuan Majlis Keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur. - Gambar fail/BERNAMA
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
A conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State | 29 April 2024
A Conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State
#SpecialMeeting24
A Conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.