awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari

Amanz
Amanz
29/04/2024
11:05 MYT
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari. Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari. -Amanz
MICROSOFT kini berkongsi perkembangan terbaru syarikat mereka, sekali gus turut menyentuh mengenai enjin carian mereka, Bing.
Seperti ramai sedia maklum, Bing telah memulakan transformasi besar melalui integrasi sejumlah teknologi OpenAI pada Bing, dan menawarkan beberapa ciri-ciri dikuasakan kecerdasan buatan untuk pengguna.
Ini sekali gus membawa kepada peningkatan penggunaan Bing dari hari ke hari – berbanding sebelum ini yang mana pengguna ramai tertumpu pada Google semata-mata.
Satya Nadella berkongsi mengatakan Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari. Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Bing melalui integrasi Copilot memudahkan pengguna bertanyakan pelbagai soalan dan menerima jawapan – di samping turut membolehkan pengguna menjana gambar dan sebagainya.
Untuk makluman, Bing adalah salah satu kaedah mudah dalam mengakses teknologi dikuasakan GPT-4 secara percuma, berbanding perlu membayar di ChatGPT. -Amanz
Topic Berkaitan
#Bing
#Microsoft
#Satya Nadella
#ChatGPT
#OpenAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan