awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Malaysia hadir mesyuarat tergempar OIC, bincang serangan Christchurch

Bernama
Bernama
22/03/2019
05:42 MYT
Menteri Luar Malaysia hadir mesyuarat tergempar OIC, bincang serangan Christchurch
Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat itu. - Gambar fail
Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki hari ini (Jumaat), menurut Wisma Putra.
Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC itu, yang dijalankan secara terbuka dan dihadiri menteri-menteri luar OIC, dijangka membincangkan serangan kejam di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lepas, yang mengorbankan 50 nyawa orang tidak berdosa.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat itu.
"Penyertaan Malaysia pada mesyuarat itu menjadi bukti Malaysia memandang tinggi kepentingan peranan OIC dalam menangani masalah Ummah, selain menunjukkan sokongan dan solidariti Malaysia kepada mangsa-mangsa serangan pengganas di Christchurch itu dan keluarga mereka serta rakyat New Zealand," katanya.
Satu 'Communique' Akhir (Final Communique) akan dikeluarkan pada akhir sesi berkenaan yang merumuskan keputusan mesyuarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Communique
#Final Communique
#Islam
#Istanbul
#Malaysia
#masjid
#Menteri Luar
#Mesyuarat tergempar
#New Zealand
#oic
#pengganas
#Saifuddin Abdullah
#serangan
#solidariti Malaysia
#Turki
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan