awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dianugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Indonesia

Bernama
Bernama
16/07/2022
00:45 MYT
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dianugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Indonesia
Noraini menerima anugerah Doktor Kehormat (Doctor Honoris Causas) dalam pengurusan dan kepimpinan kerajaan sempena Ulang Tahun ke-68 UMI, di Jakarta, 15 Julai 2022. --fotoBERNAMA
JAKARTA: Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerima anugerah Doktor Kehormatan (Doctor Honoris Causas) dalam pengurusan dan kepimpinan kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Universitas Muslim Indonesia (UMI).
Noraini menerima anugerah itu daripada Rektor UMI Prof. Dr. H Basri Modding di kampus UMI di Makassar, Sulawesi Selatan, pada Jumaat.
Anugerah itu diberikan atas peranan dan sumbangan Noraini dalam memajukan sains dan teknologi, pencapaian dalam kepimpinan, kepentingan pembangunan dan manfaat bagi masyarakat Malaysia dan global, menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam kenyataan.
Penganugerahan itu menjadikan Noraini sebagai penerima keempat Doktor Kehormatan UMI dan kedua dari Malaysia selepas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman (2021).
Anugerah sama pernah diberikan kepada bekas Naib Presiden Indonesia H. M. Jusuf Kalla pada 2018 serta Naib Presiden Indonesia Maruf Amin (2020).
Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Mohd Mubarak Shamsuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#noraini ahmad
#anugerah Doktor Kehormat
#Universitas Muslim Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan