awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pengangkutan gagal bida MALAYSIA 509

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2018
09:17 MYT
Menteri Pengangkutan gagal bida MALAYSIA 509
Anthony Loke gagal dalam membida nombor pendaftaran istimewa siri MALAYSIA 509. -Foto Sinar Harian
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke gagal dalam membida nombor pendaftaran istimewa siri MALAYSIA 509.
Anthony berkata, dia merupakan antara pembida terawal yang hanya mampu menawarkan harga bidaan sebanyak RM1,509.
Menurutnya, 12 pembida membida nombor yang dihajatinya itu dan harga tertinggi bidaan yang dicatatkan sebanyak RM20,000.
“Tahniah dan syabas pada orang yang bida dengan harga tertinggi ini. Terima kasih... semua hasil bidaan akan menyumbang kepada hasil kerajaan yang mana sebelum ini nombor siri istimewa telah diberikan kepada pihak lain dan hasilnya tidak dikutip pihak kerajaan dengan harga lebih tinggi.
“Kalau ada orang minat, sanggup bayar untuk satu nombor sahaja RM1juta kita akan tawarkan dari masa ke masa. Kalau ada orang kaya sanggup bagi hasil kepada kerajaan kita akan keluarkan nombor pendaftaran istimewa,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Anthony berkata, bagi nombor siri MALAYSIA 2020, nombor berkenaan merupakan satu-satunya nombor yang tidak dibuka untuk bidaan memandangkan nombor berkenaan dikhaskan untuk kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, pihaknya berharap agar kenderaan rasmi dengan nombor pendaftaran istimewa itu akan digunakan untuk dibawa semasa sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos nanti.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#harga bidaan
#Mahathir Mohamad
#MALAYSIA 509
#Menteri Pengangkutan
#nombor pendaftaran istimewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan