Segment ‘Menuju PRU13’ kali ini memaparkan isu-isu yang dihadapi di Kedah dan Perak serta kebarangkalian kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri-negeri itu.

Kajian penganalisa politik menyatakan kekuatan BN dan PR di kedua-dua negeri adalah sama rata.

Penganalisa politik Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata penentangan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal mengubah sokongan pengundi kerana situasi ini memberi kelebihan kepada BN.

Namun Ahmad Martadha juga berpendapat, jika BN tidak menyelesaikan masalah sabotaj dalam parti, kelebihan ada pada PR.

Manakala, Dr Kartini Aboo Talib Khalid dari Universiti Kebangsaan Malaysia pula berpendapat bahawa di Perak, faktor pengundi atas pagar akan menentukan kemenangan BN atau PR.

Beliau juga berkata selain pengundi atas pagar, faktor calon dan kepimpinan keperibadian akan juga menentukan parti pilihan rakyat.

Sementara itu, tinjauan Astro Awani rata-rata mengenalpasti isu rumah setinggan, pendidikan dan pembangunan di kedua-dua negeri ini perlu diselesaikan oleh parti yang ingin menguasainya.

Klik video untuk maklumat lanjut di Buletin Awani "Menuju PRU13".