awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menyamar sebagai anggota polis, dua lelaki diburu

Bernama
Bernama
06/10/2020
06:41 MYT
Menyamar sebagai anggota polis, dua lelaki diburu
HANYAN: Kami dimaklumkan, dua lelaki terbabit mendakwa ingin melakukan pemeriksaan COVID-19 sebelum meminta wang sebanyak RM100 daripada setiap pekerja ladang. - Gambar fail
CHUKAI:Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut pekerja ladang di Felcra Sungai Pergam di sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, dua lelaki berumur lewat 30-an telah datang ke ladang berkenaan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna putih dan menghampiri sekumpulan pekerja ladang sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
"Kami dimaklumkan oleh pengurus ladang berkenaan dua lelaki terbabit mendakwa ingin melakukan pemeriksaan sama ada pekerja ladang tersebut telah melakukan pemeriksaan COVID-19 atau tidak sebelum meminta wang sebanyak RM100 daripada setiap pekerja ladang.
"Pada awalnya, seorang daripada suspek memperkenalkan diri sebagai Mohamad Khairul iaitu anggota polis di daerah Kemaman, namun apabila pengurus ladang berkenaan menyatakan beliau mengenali anggota di daerah itu suspek kemudiannya menukar kenyataan menyatakan dirinya adalah anggota dari Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Hanyan berkata bagaimanapun, identiti sebenar kedua-dua suspek masih belum dapat dikenal pasti dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar polis
#pekerja ladang
#peras ugut
#sindiket penipuan
#mangsa tipu
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan