awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum rogol wanita

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/06/2021
14:52 MYT
Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum rogol wanita
Suspek juga dipercayai meminta wang tunai RM1,000 untuk menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan mangsa dan teman lelakinya itu. - Gambar hiasan
DUNGUN: Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum merogol seorang wanita yang ditahan bersama teman lelakinya.
Itu kesalahan dipercayai dilakukan dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun yang direman lima hari bermula hari ini di sini.
Sumber memberitahu, kedua-kedua suspek yang menyamar sebagai penjawat awam menahan mangsa dan teman lelakinya di hadapan sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun pada 14 Mei lalu.
Suspek juga dipercayai meminta wang tunai RM1,000 untuk menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan mangsa dan teman lelakinya itu.
"Selepas mangsa dan teman lelakinya memberitahu tidak dapat membayar wang berkenaan, kedua-kedua suspek melepaskan lelaki tersebut.
"Bagaimanapun, mereka membawa wanita itu ke sebuah hotel lain di bandar Dungun sebelum merogol wanita terbabit," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-kedua lelaki tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 170 kanun yang sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Topic Berkaitan
#rogol
#menyamar
#pencegah maksiat
#penjawat awam
#rogol wanita
#teman lelaki
#rumah tumpangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan