Penghakiman Mahkamah Persekutuan pada hari ini dalam kes Iki Putra Mubarak lwn Kerajaan Negeri Selangor tentunya memberikan implikasi yang luas kepada kuasa-kuasa Dewan Undangan Negeri dalam meluluskan sesuatu Enakmen berkaitan dengan ajaran agama Islam.
Sementara kita menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor itu sebagai tidak berperlembagaan, ia tentu sekali mewujudkan rasa hiba dan kesedihan untuk pengamal undang-undang yang berhasrat untuk memperkasakan dan mengarusperdanakan Undang-undang Syariah dalam negara kita. Namun ratapan ini tidak boleh berterusan lama kerana ia adalah loceng amaran bahawa Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri tidak boleh duduk selesa jika mahukan undang-undang Syariah diperkasakan. Penghakiman ini tidak hanya menjejaskan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tetapi juga Enakmen Jenayah Syariah negeri lain yang mempunyai peruntukan pari materia yang sama atau hampir sama. Dalam masa yang sama ia bukanlah alasan untuk pejuang hak asasi dan kebebasan meraikan penghakiman itu sebagai kemenangan di pihak mereka.
Penghakiman Mahkamah Persekutuan hari ini jika diteliti tidak langsung memberikan hak atau kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bebas mengamalkan ajaran seks songsang dalam mana-mana inci ruang negara kita. Ia tetap jenayah. Mahkamah Persekutuan hanya menekankan bahawa kuasa bagi memperundangkan kesalahan jenayah bagi Seks Luar Tabii hendaklah kekal berada dalam lingkungan kuasa Parlimen kerana Mahkamah berpandangan ia berada dalam Senarai Persekutuan sedangkan pihak berkuasa Agama Islam bukan hanya di Selangor tetapi dinegara kita berpandangan bahawa ia adalah dalam bidang kuasa mereka kerana ia adalah suatu kesalahan di dalam ajaran agama Islam. Kesalahan jenayah seks luar tabii di bawah Kanun Keseksaan akan mengudang hukuman yang sebenarnya lebih berat kepada pesalah iaitu 20 tahun penjara, denda dan sebat sedangkan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah hanya mengundang penjara selama 3 tahun, denda dan sebatan.
Ada yang bertanya mengapa kesalahan jenayah seks luar tabiie berada dalam kesalahan Kanun Keseksaan sedangkan seks antara lelaki dan wanita tidak pula berada dalam peruntukannya? Jawapannya kerana Kanun Keseksaan tidaklah digubal atas dasar ajaran agama maka perlakuan khalwat atau zina dikalangan lelaki dan wanita tidaklah dianggap suatu kesalahan jenayah mengikut Kanun tersebut tetapi kelihatannya menjadi suatu pandangan universal untuk seks luar tabii antara kaum sejenis dan haiwan dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah yang tidak boleh diterima.
Implikasi segera yang boleh dilihat dari penghakiman ini adalah Pihak Penguatkuasa Agama Islam Negeri yang membuat apa-apa serbuan cegah maksiat di dalam sebuah hotel boleh menangkap pelaku khalwat dan zina antara lelaki dan wanta di bilik hotel dan mendakwanya di Mahkamah Syariah tetapi penguatkuasa agama Islam tidak boleh menangkap pelaku liwat dan seks luar tabii contohnya antara lelaki dengan lelaki di bilik sebelahnya pula. Ini memberikan obligasi yang lebih kepada pihak Polis di Raja Malaysia kerana apa yang hanya boleh dibuat oleh pihak Penguatkuasa Agama Islam adalah membuat laporan polis akan kesalahan seks luar tabii tersebut untuk tindakan pihak Polis kerana kesalahan seks luar tabii itu tetap suatu perlakuan jenayah tetapi di bawah Kanun Keseksaan dan bukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri.
Sesuatu yang juga perlu ditekankan adalah sementara Mahkamah Persekutuan membuat kesimpulan bahawa kesalahan Jenayah Seks Luar Tabii adalah berada dalam bidang kuasa Persekutuan namun Mahkamah Persekutuan di dalam kesimpulan penghakimannya hari ini tetap mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri tetap mempunyai kuasa yang meluas untuk menggubal apa-apa perundangan berkaitan ajaran agama Islam.
Justeru, adalah amat perlu dalam sistem dichotomy mahkamah sivil dan syariah di negara kita, untuk Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri menyahut pengesahan ini untuk memperkasakan apa jua perundangan Jenayah Syariah yang jelas berada dalam lingkungan bidang kuasanya selain dan juga yang berada dalam bidang kuasa mal syariah seperti Hibah, Waqaf turut dikanunkan dengan sempurna. Tidak lah mustahil untuk penghakiman hari ini dijadikan hujah dan membuka pintu sempadan untuk lain-lain peruntukan di dalam Enakmen negeri-negeri dicabar pada masa hadapan. Para peguam bijaksana Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor tentunya telah menyampaikan hujahan mereka dengan semaksima yang boleh tetapi kali ini penghakiman tida menyebelahi pihak negeri tetapi jangan dilupa dengan kesungguhan dan karisma mereka ini ia bukanlah noktah yang terakhir. Malahan pula Mahkamah dalam penghakiman itu ada membuat ingatan bahawa kuasa Parlimen untuk menggubal jenayah seks luar tabii itu belum lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri tidak boleh hanya berdiam diri apabila berdepan dengan jenayah seks luar tabii ini pasca penghakiman ini. Jenayah seks luar tabii tetap kekal jenayah Syariah, cuma keadaan tidak mengizinkan untuk Pihak Berkuasa Agama Islam mendakwa mereka diplatform Mahkamah Syariah. Nahi mungkar boleh diteruskan melalui proses pendidikan, kesedaran dan keinsafan.
* Datuk Ikbal Salam merupakan peguambela dan peguamcara di Tetuan Ikbal Salam & Associates, Johor Bahru
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Datuk Ikbal Salam
Thu Feb 25 2021
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bukan alasan untuk pejuang hak asasi dan kebebasan meraikan penghakiman itu sebagai kemenangan di pihak mereka.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.
Memang berlaku satu, dua kes liwat, namun kenapa dirangkum semua? - Pemimpin GISB
GISB mengakui terdapat beberapa kes liwat berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.
Op Global: 13 kanak-kanak rumah amal GISB pernah diliwat - KPN
Sembilan individu dikenal pasti diliwat dan polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala selebihnya pada fasa sebelumnya.
Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
Suspek berusia 37 tahun yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan.
Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.
Pengasas pusat tahfiz dan adik ditahan, dipercayai dera dan lakukan amang seksual
Polis Melaka menahan dua beradik warga Singapura selepas dipercayai melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki sebuah pusat tahfiz di negeri ini.
Cabul, liwat: Bekas guru sekolah rendah kekal dipenjara 14 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang bekas guru sekolah rendah kerana kesalahan mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki.
Kanak-kanak lelaki diliwat abang tiri
Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini.
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.
Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu
Hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.