Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) menghantar pasukan ke Bangladesh semalam ketika negara itu bergelut dalam menghadapi banjir paling buruk dalam masa beberapa tahun.
MERCY Malaysia dalam satu kenyataan berkata ia akan menghantar pasukan penilaian pantas terdiri daripada seorang kakitangan MERCY Malaysia, seorang sukarelawan perubatan dan seorang sukarelawan lojistik untuk membuat penilaian mengenai keperluan di kawasan bencana dan bersiap siaga bagi penilaian lanjut untuk fasa pemulihan dan intervensi selama dua minggu bermula 25 Ogos hingga 7 Sept.
Menurut kenyataan, banjir besar yang teruk akibat hujan monsun melanda daerah-daerah di utara Benggala Barat, Bangladesh dengan lebih 100 orang dilaporkan maut dan lima juta penduduk terjejas.
"Sebanyak 531,517 rumah di 24 daerah mengalami kerosakan, menyebabkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal mencari penempatan sementara untuk berlindung. Banjir yang melanda satu pertiga daripada daerah di negara itu telah menyebabkan peningkatan paras air yang ketara dan pencemaran air.
"Situasi ini menyebabkan penularan penyakit-penyakit bawaan air dan tiada akses kepada kebersihan dan sanitasi serta akses kepada air bersih kerana kebanyakan telaga tiub ditenggelami air banjir. Ini mendedahkan penduduk yang terjejas kepada pelbagai penyakit bawaan air seperti cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, penyakit kulit, demam kepialu, jangkitan mata, demam kuning, demam dan sakit kepala," kata kenyataan itu.
MERCY Malaysia amat prihatin terhadap situasi penyakit bawaan air yang bertambah meruncing semasa pasca banjir, kata kenyataan itu.
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata MERCY Malaysia amat mengambil berat terhadap keselamatan orang awam yang terjejas akibat banjir buruk yang melanda Bangladesh.
"Berikutan banjir, terdapat kebimbangan ketara mengenai kemungkinan penularan wabak penyakit dengan penduduk terjejas menghadapi cabaran untuk menikmati akses kepada air bersih yang mencukupi dan penjagaan kesihatan. Ini pantas menjadi satu daripada krisis kemanusiaan yang paling serius... tindakan segera diperlukan.
"Oleh kerana peningkatan penduduk yang terjejas dan kekurangan ruang di lokasi selamat, memastikan akses kepada sanitasi dan kebersihan diri adalah amat diperlukan. Pemantauan penyakit dan kawalan vektor juga menjadi keutamaan memandangkan risiko penyakit berjangkit. Sejak beberapa bulan lepas, rakan-rakan kesihatan telah merekodkan peningkatan ketara penyakit bawaan air," kata beliau.
MERCY Malaysia menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan Bangladesh dengan menderma melalui laman web di www.mercy.org.my atau menghubungi MERCY Malaysia melalui telefon 03-21422007.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2017
MERCY Malaysia menghantar pasukan ke Bangladesh ketika negara itu bergelut dalam menghadapi banjir teruk. - Gambar fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.