awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh

Bernama
Bernama
20/09/2024
15:01 MYT
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa penyeludupan emas adalah jenayah serius di Bangladesh dan boleh membawa hukuman mati. - Gambar hiasan/iStock
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan pada Jumaat (20 Sept) berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
"Mereka dijangka kembali ke Malaysia tidak lama lagi," menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Jumaat.
Kementerian itu, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka memberikan bantuan konsular kepada kedua-dua individu itu sepanjang penahanan mereka, menurut kenyataan berkenaan.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan terus membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular," katanya.
Kementerian mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa penyeludupan emas adalah jenayah serius di Bangladesh dan boleh membawa hukuman mati.
"Oleh itu, kementerian menggesa semua rakyat Malaysia untuk menghormati undang-undang dan peraturan tempatan dan mengelak daripada terlibat dalam sebarang aktiviti haram semasa melancong ke luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#Bangladesh
#bantuan konsular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan