awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina

Bernama
Bernama
17/10/2024
11:30 MYT
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas berminggu-minggu protes terhadap pemerintahannya. - Gambar fail/ Reuters
NEW DELHI: Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang didakwa dilakukan semasa pemberontakan yang dipimpin pelajar baru-baru ini.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Golam Mortuza Majumdar, mengeluarkan perintah itu atas permintaan pihak pendakwa raya.
"Tribunal mengeluarkan perintah, meminta agar Hasina ditangkap dan kemudiannya dibawa ke mahkamah sebelum 18 Nov," kata ketua pendakwa raya Mohammad Tajul Islam, yang dipetik agensi berita Bangladesh, Bangladesh Sangbad Sangstha.
Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas berminggu-minggu protes terhadap pemerintahannya.
Bangladesh mendakwa beberapa tokoh utama, termasuk bekas menteri dalam pentadbiran Hasina atas tuduhan seperti pembunuhan, pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#waran tangkap
#Sheikh Hasina
#bekas perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan