awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merdeka Kuartet bantu promosi sambutan Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
06/08/2022
02:30 MYT
Merdeka Kuartet bantu promosi sambutan Hari Kebangsaan
Penubuhan kuartet buat julung kali itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penubuhan Merdeka Kuartet adalah bertujuan membantu jentera publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam memotivasikan Keluarga Malaysia daripada semua kaum untuk turut serta dalam sambutan itu selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran.
Kuartet berkenaan terdiri daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Datuk E. Sivabalan berkata penubuhan kuartet buat julung kali itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Rabu lepas.
"Kami akan mengenal pasti slot rancangan di televisyen dan radio untuk kumpulan Merdeka Kuartet ini pergi secara berkumpulan dan menerangkan mengenai sambutan pada tahun ini. Saravanan dan Wee Ka Siong masing-masing akan menyampaikan maklumat dalam bahasa Tamil dan Mandarin.
"Ini satu daripada kemahuan politik kami. Menteri Kabinet akan bersama-sama rakyat dan menjadi inspirasi kepada Keluarga Malaysia," katanya pada rancangan Ruang Bicara bertajuk Kempen Kibar Jalur Gemilang 2022 terbitan Bernama TV, malam tadi.
Sementara itu, Sivabalan berkata penyertaan rakyat dalam sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini memberangsangkan selepas pelancarannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Julai lepas.
Beliau berkata ia terbukti apabila program Berjalan Teguh Bersama yang diadakan di Putrajaya, Sabtu lepas mencatatkan penyertaan 15,000 orang iaitu melebihi sasaran 10,000 orang.
Mengenai kempen Kibar Jalur Gemilang pula, Sivabalan berkata Keluarga Malaysia diingatkan supaya mengibarkan bendera kebanggaan negara itu kerana ia merupakan simbol martabat dan penghormatan kepada semangat nasionalisme.
"Kami berharap Keluarga Malaysia akan kibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada baik di kediaman, premis perniagaan mahupun pejabat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Merdeka Kuartet
#Hari Malaysia
#Hari Kebangsaan
#semangat nasionalisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan