awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[TERKINI] Politik Perlis: Speaker tarik balik pemakluman keperluan PRK, tiga DUN kekal kosong
Palestin usaha dapatkan bantuan antarabangsa untuk hapuskan bahan letupan di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Merdeka tahun ini tidak segembira tahun lalu'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2019
23:50 MYT
'Merdeka tahun ini tidak segembira tahun lalu'
Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kempimpinan Perdana, Putrajaya, 29 Ogos, 2019. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sambutan kemerdekaan ke-62 tahun ini kurang menggembirakan berbanding tahun lalu.
Menurut Dr Mahathir, hari kebangsaan tahun lalu disambut meriah bersandarkan sentimen kejayaan rakyat menukar kerajaan.
Bagaimanapun katanya, tahun ini berbeza kerana rakyat sedang menantikan keputusan daripada pilihan mereka memilih Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN).
"Tahun ini rakyat menunggu keputusan daripada pilihan mereka. Tetapi untuk menunaikan semua manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ia bukanlah tugas mudah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Khamis.
“
Kami akan cuba sedaya upaya penuhi semua manifesto, tetapi kerajaan tidak ada duit untuk beli sokongan rakyat
”
- Mahathir Mohamad
Dr Mahathir berkata, ketika awal peralihan tampuk pemerintahan, kerajaan PH belum mengetahui keadaan sebenar kedudukan kewangan negara yang ditinggalkan oleh BN.
"Masa itu kita tidak ada maklumat penuh berkenaan keadaan kewangan negara, berapa wang yang dimiliki kerajaan. Tidak tahu negara berhutang RM1 trilion.
"Kita sedar rakyat mengharapkan perubahan dan janji manifesto ditunaikan, tapi perkara itu perlukan masa untuk dilaksanakan.
"Kami akan cuba sedaya upaya untuk penuhi semua manifesto, tetapi kerajaan tidak ada duit untuk beli sokongan rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#beli sokongan rakyat
#Hari Kebangsaan
#hutang
#janji manifesto
#kemerdekaan
#kerajaan
#kewangan negara
#Mahathir Mohamad
#MaknaMerdeka
#MerdekaKu
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PRU14
#rakyat
#sentimen
#tukar kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan