KUALA LUMPUR: Watsons Malaysia membawakan kempen Watsons Rahsia Gaya Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang kini berlangsung sehingga 8 Mei ini.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, kempen tersebut menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembelian di kedai Watsons mahupun secara online.

Menurut beliau, pihaknya turut menghasilkan sebuah filem jenama istimewa yang bertajuk Rahsia Gaya Raya pada tahun ini.

Raikan Aidilfitri dengan Watsons rahsia gaya raya!

“Kempen diadakan ini mencerminkan komitmen kami dalam mengeratkan rakyat Malaysia menjelang musim perayaan tidak lama lagi ini. Filem dihasilkan ini juga sangat menarik kerana ia diilhamkan oleh karya detektif dan bertemakan misteri.

Rahsia Gaya Raya mengetengahkan kepentingan kasih sayang, kebersamaan dan mengatasi cabaran sebagai sebuah keluarga. Kami berharap kisah ini akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang dan membina silaturahim yang lebih kukuh sempena perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pelancaran Watsons Rahsia Gaya Raya di sini pada Rabu.

Watsons turut menawarkan hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk dua buah kereta jenama Perodua dan barangan kemas Poh Kong.

Rahsia Gaya Raya membawa kisah dua beradik yang bersaing mendapatkan perhatian dan kasih sayang ibu mereka. Melalui keazaman serta kerjasama, mereka menyelesaikan sebuah misteri yang berlaku hingga akhirnya berjaya membawa keluarga mereka erat semula.

Filem tersebut menampilkan barisan pelakon seperti Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat, Fyna Jebat serta pelakon terkenal Didie Alias, Faizal Hussein dan Nabil Mahir.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pemasaran dan Pelanggan, Watsons Malaysia, Danny Hoh mengajak semua ahli Watsons dan orang ramai merebut peluang mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri dan kulit serta rangkaian kesihatan mereka pada harga menarik.



“Kami menawarkan hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk dua buah kereta jenama Perodua, barangan kemas yang menarik dan baucar tunai daripada Poh Kong selain baucar Watsons apabila berbelanja RM80 keatas menggunakan kad VISA.

“Selain itu, pelanggan juga boleh membeli anak patung Unik edisi terhad pada harga RM29.90 (atau dengan lapan e-setem dengan tambah RM9.90 di dalam talian), yang mana hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit,” ujarnya.

Masyarakat di Kampung Orang Asli Serendah turut diberikan bengkel kesejahteraan dan kebersihan selain menerima pemeriksaan kesihatan daripada ahli farmasi Watsons.

Watsons Malaysia turut komited dalam meneruskan usaha dalam menyumbang semula kepada komuniti sempena Raya yang yang bakal menjelang. Syarikat itu meyumbang barangan kesihatan and kecantikan bernilai lebih RM210,000 kepada 17 buah rumah kebajikan dan yatim di seluruh negara.

Pasukan pengurusan dan kakitangan syarikat juga melawat Kampung Orang Asli Serendah untuk membina dua buah tandas awam bagi mengalakan pengamalan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat.


*Artikel ini adalah kandungan berbayar