Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Beliau bagaimanapun mengakui biarpun fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan sukar dilaksanakan kerana penguatkuasaan fatwa tersebut terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam setiap negeri.
"Dari segi konsep kalau orang tanya saya berpegang kepada menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana maqasid syariah itu memelihara nyawa dan apa yang memudaratkan tidak lah harus dilakukan kerana memberi mudarat kepada kesihatan dan nyawa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masih ada umat Islam meneruskan tabiat merokok biarpun difatwa haram.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang diadakan pada Mac 1995 memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya haram menurut pandangan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019
Fuziah Salleh berkata menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan. - Gambar fail/REUTERS
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Merokok bertentangan dengan maqasid syariah - Fuziah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan.