awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merusuh di tengah malam, polis Temerloh tahan 7 suspek

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
01/09/2022
01:45 MYT
Merusuh di tengah malam, polis Temerloh tahan 7 suspek
Rakaman video berdurasi lapan saat tular di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki merusuh di Mentakab pada awal pagi 31 Ogos. - Foto media sosial
TEMERLOH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berjaya menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan di Mentakab pada awal pagi 31 Ogos.
Suspek berusia antara 19 dan 35 tahun, ditahan sekitar bandar Mentakab, susulan pergaduhan yang dipercayai berlaku antara jam 12.05 tengah malam dan 12.20 tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihak polis mengesan suspek selepas rakaman video berdurasi lapan saat tersebar melalui media sosial.
“Di dalam tayangan video itu, menunjukkan beberapa orang lelaki sedang bergaduh berhampiran tepi jalan di bandar Mentakab.
“Sehingga hari ini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan atau laporan berkaitan kejadian tersebut,” katanya.
Menurut Mohd Azhar, polis membuat laporan maklumat pertama untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, iaitu merusuh di tempat awam, dan di bawah Seksyen 160 kanun sama, kerana melakukan gaduh gempur.
“Saya memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.
“Mereka yang menyaksikan kejadian itu boleh salurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Irmawathy Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Topic Berkaitan
#gaduh
#video tular
#mentakab
#polis Temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan