MALAYSIA
Mesej 'lantaklah nak hidup atau mati' bukan dituju kepada Zayn Rayyan - Ismanira

Ismanira menjelaskan kandungan mesej berkenaan ditujukan kepada dirinya sendiri kerana sedang tertekan dengan kehilangan Zayn Rayyan. - Gambar fail
PETALING JAYA: Ibu Allahyarham Zayn Rayyan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa mesej yang berbunyi 'lantaklah nak hidup atau mati' yang dihantar kepada suaminya, tidak ditujukan kepada anaknya yang hilang pada ketika itu.
Ringkasan AI
- Ismanira Abdul Manaf menjelaskan di Mahkamah Sesyen bahawa mesej lantaklah nak hidup atau mati yang dihantar kepada suaminya tidak ditujukan kepada anaknya yang hilang, sebaliknya kepada dirinya sendiri kerana tertekan ketika kejadian.
- Mesej tersebut merupakan sebahagian daripada bukti perbualan WhatsApp yang dianalisis oleh pihak pendakwaan, melibatkan dua telefon bimbit milik Ismanira dan suaminya Zaim Ikhwan Zahari, berkaitan kes pengabaian anak autistik mereka, Zayn Rayyan.
- Mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan; perbicaraan bela diri bersambung pada 4 hingga 8 Ogos 2025.
"Saya sangat perlukan perhatian suami ketika itu dan saya hantar perkataan itu supaya suami saya cepat pulang dan bantu saya perkataan sebut saya maksdukan ke atas diri saya," katanya.
Ismanira berkata demikian pada hari perbicaraan bela diri yang keempat semasa peguam bela yang mewakilinya, Haresh Mahadevan mengemukakan soalan tambahan.
Perbicaraan bela diri Ismanira akan bersambung semula pada 4 sehingga 8 Ogos 2025.
Pada 7 April lalu, Superintendan (ASP) Mohd Zaidi Abu Hassan, 43, yang juga juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer memberitahu Mahkamah Sesyen, mesej berbunyi ‘lantaklah nak hidup ke nak mati' ialah antara kandungan WhatsApp yang diekstrak daripada salah satu telefon bimbit yang dirampas.
Perbualan WhatsApp itu diekstrak dari dua nombor telefon milik dua individu sebelum dan hari kehilangan kanak-kanak autistik itu pada 5 Disember 2023.
Hasil analisis juga mendapati, salah satu telefon jenama iPhone menggunakan iCloud atas nama Ismanira manakala telefon Huawei menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.
Mohd Zaidi memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi dalam prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan dan Ismanira.
Isnin lalu, Hakim Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira membela diri kerana pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie, manakala Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada elemen pengabaian dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami