awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej Obama menjelang Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013

Syafique Shuib
Syafique Shuib
03/08/2013
06:13 MYT
Mesej Obama menjelang Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013
Usahawan muda akan menjadi fokus utama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang bakal menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013 (GES) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Oktober.
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat Ben Rhodes berkata ia sebagai menggalakan anak-anak muda untuk menjadi lebih inovatif dan kreatif.
Ia juga memberi peluang kepada graduan universiti untuk mewujudkan peluang perniagaan baru.
“Peluang bukan sahaja diberi oleh syarikat korporat tetapi inisiatif ini boleh didorong oleh golongan belia dan usahawan muda. Antara contoh adalah kejayaan Startup di Silicon Valley.
“Kejayaan di Silicon Valley didorong oleh anak-anak muda yang mempunyai idea yang baru dan juga hubungan yang terjalin diantara satu sama lain. GES akan membantu dari segi networking.”
GES menjadi realiti selepas ucapan Barack Obama di Cairo University pada tahun 2009. Penganjuran GES adalah sebagai komitmen beliau untuk memperkukuhkan hubungan diantara usahawan dan usahawan sosial di Amerika Syarikat dan komuniti Islam di seluruh dunia.
Washington menjadi tuan rumah pada tahun 2010 dan diikuti Turki dan Abu Dhabi. Kuala Lumpur menjadi hos untuk tahun ini.
Ikuti wawancara Rhodes bersama media tempatan yang diadakan baru-baru ini:
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Ben Rhodes
#Sidang Kemuncak Keusahawanan Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan