Kejadian kira-kira jam 5 pagi Khamis itu disedari orang awam yang terlihat mesin ATM berada di bahagian luar bank terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Suprintenden Ruslan Abdullah, pihaknya percaya kumpulan penjenayah itu menggunakan kabel bagi menarik mesin ATM itu keluar.
Laporan mengenai kes ATM dilarikan menggunakan jengkaut dalam Buletin AWANI jam 2 petang Khamis.
"Suspek kemudian memindahkan dua mesin berkenaan ke kenderaan pacuan empat roda sebelum melarikan diri. Jengkaut yang digunakan pula ditinggalkan di hadapan bank," katanya.
Tambahnya pemeriksaan forensik menemui beberapa kesan cap jari di lokasi kejadian.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik jengkaut serta jumlah yang dilarikan.
Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek dan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.