awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat berkaitan siasatan gangguan bekalan elektrik mula diadakan

Bernama
Bernama
08/08/2022
07:28 MYT
Mesyuarat berkaitan siasatan gangguan bekalan elektrik mula diadakan
WAN NAZMY: Mesyuarat tersebut melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai badan bebas, pasukan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan TNB sendiri. - Bernama
PUTRAJAYA: Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan berhubung siasatan kejadian gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada 27 Julai lepas, kata Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wan Nazmy Wan Mahmood.
Beliau berkata mesyuarat tersebut melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai badan bebas, pasukan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan TNB sendiri.
"Buat masa ini kita beri kerjasama penuh kepada pasukan siasatan supaya segala fakta dan maklumat berkaitan dapat dikongsikan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) 2019/2020 di Semenanjung Malaysia di sini hari ini.
Pada 31 Julai, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata siasatan berhubung kejadian gangguan bekalan elektrik yang membabitkan kira-kira sejuta pengguna dijangka selesai dalam tempoh sebulan dari tarikh kejadian gangguan bekalan.
Takiyuddin berkata selain memastikan punca dan kesan gangguan, siasatan itu turut meneliti dan menentukan sama ada kejadian terbabit mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL) TNB atau sebaliknya, termasuk menentukan sama ada pelanggan terbabit layak diberikan rebat atau tidak.
Menurut TNB, gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari pada 27 Julai dan antara kawasan yang terlibat ialah Petaling Jaya, Cheras, Bangi (Lembah Klang); Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor (Johor) dan Bandar Indera Mahkota (Pahang).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#mesyuarat
#Suruhanjaya Tenaga
#ketsa
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan