awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792

Bernama
Bernama
24/10/2023
12:12 MYT
Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan komited terhadap segala aspek berkaitan hal ehwal kanak-kanak terutamanya perlindungan kanak-kanak. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Mesyuarat yang diadakan berikutan kenyataannya semalam berkaitan Seksyen 19 Akta 792 itu, antaranya dihadiri wakil pihak pendakwa raya, kehakiman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Kerajaan Perpaduan komited terhadap segala aspek berkaitan hal ehwal kanak-kanak terutamanya perlindungan kanak-kanak dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menganiayai kanak-kanak, sama ada tersirat atau tersurat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina semalam dilaporkan berkata individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa, boleh didenda hingga RM5,000 di bawah Akta 972.
Beliau berkata dalam usaha membendung jenayah tersebut, penguatkuasaan agresif dan tegas akan dilaksanakan, termasuk mendakwa orang terdekat seperti cikgu atau jiran yang mengetahui kejadian sedemikian menerusi Seksyen 19 akta berkenaan.
Azalina berkata setakat ini tiada sabitan berhubung akta berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#MCMC
#Suhakam
#penderaan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan