awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam Baki 19 Januari

Nailah Huda
Nailah Huda
12/01/2022
06:24 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam Baki 19 Januari
Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Parlimen Ke-14 itu dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang 19 Januari di Parlimen.
KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat khas bakal diadakan di Parlimen pada 19 Januari ini bagi membincangkan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Parlimen Ke-14 itu disahkan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menerusi muat naik di Facebook.
Jelasnya, beliau menerima surat berkenaan mesyuarat tersebut daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.
“Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu pemilikan saham syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM,” menurut surat tersebut.
Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang di Parlimen.
Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera bagi membincangkan isu pemilikan saham itu sama ada sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari depan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#mesyuarat
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan