awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat tentukan tarikh PRU15, PRK Bugaya 20 Okt - SPR

Bernama
Bernama
11/10/2022
12:17 MYT
Mesyuarat tentukan tarikh PRU15, PRK Bugaya 20 Okt - SPR
Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Okt ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Okt ini.
Setiausaha Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu akan diadakan di Menara SPR, Putrajaya pukul 10 pagi.
"Pengerusi SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, serta Daftar Pemilih yang akan digunakan, dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.
Susulan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat khas SPR
#tentukan tarikh PRU15
#PRK Bugaya
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan