awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MET Malaysia nafi amaran tsunami di perairan Sabah

Bernama
Bernama
30/07/2021
09:21 MYT
MET Malaysia nafi amaran tsunami di perairan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah.
MET Malaysia telah menerima maklumat berkaitan dengan penularan mesej mengenai kejadian tsunami itu berdasarkan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 pada skala Richter yang berlaku di semenanjung Alaska pada 29 Julai 2021 pukul 2.15 petang.
"MET Malaysia menafikan kejadian itu berlaku di Sabah. Mesej tular amaran tsunami ini dipapar dalam laman sesawang dan disebarkan oleh agensi luar negara.
"MET Malaysia membuktikan bahawa kejadian tersebut tidak berlaku kerana insiden gempa bumi di Alaska berlaku melebihi 12 jam lepas dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami sehingga kini," menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.
MET Malaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat atau video berkenaan kejadian gempa bumi dan menyarankan rakyat untuk mendapatkan info di laman web www.met.gov.my, aplikasi MyCuaca, laman media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline di 1300-22-1638.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#met malaysia
#amaran tsunami
#perairan Sabah
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Alaska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan