awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram

Amanz
Amanz
10/07/2024
03:40 MYT
Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram
Meta hari ini memutuskan kandungan yang menggunakan perkataan zionis bagi tujuan menghina kesemua individu Yahudi dan Israel akan dipadam daripada Facebook dan Instagram. -Gambar fail/Reuters
META hari ini memutuskan kandungan yang menggunakan perkataan zionis bagi tujuan menghina kesemua individu Yahudi dan Israel akan dipadam daripada Facebook dan Instagram. Ini kerana perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel. Ia sekali gus melanggar terma laman yang tidak membenarkan kandungan berbentuk kebencian.
Menggunakan terma zionis sekiranya untuk mengkritik pergerakan politik masih lagi dibenarkan. Tetapi muatan status seperti “semua zionis perlu dibunuh” walau bagaimanapun dilarang kerana jatuh ke dalam kategori menggalakkan keganasan. Kandungan lain berkenaan zionis yang tidak dibenarkan pada platform milik Meta adalah seperti di bawah:
  • Dakwaan mereka mengawal dunia atau mengawal media;
  • Perbandingan seperti dengan babi, najis atau haiwan perosak.
  • Saranan untuk mencederakan.
  • Penafian kewujudan.
  • Muatan bagi tujuan mengejek kerana berpenyakit.
Hanya beberapa minggu lalu Meta membenarkan penggunaan terma syahid pada Facebook dan Instagram selepas mengambil saranan daripada Lembaga Pengawasan Facebook (Facebook Oversight Board). Sebelum ini Meta mengharamkan penggunaan terma ini kerana didakwa digunakan untuk mengagungkan keganasan. Penggunaan terma syahid meningkat selepas insiden 7 Oktober dan kandungan yang memperingati orang-orang awam yang syahid telah dipadam tanpa mengambil kira konteks. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#Zionis
#Israel
#padam kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan