KUALA LUMPUR: Meta akan menumpukan pada tiga bidang keutamaan, pertumbuhan video, khususnya Reels, kecerdasan buatan (AI) dan pemesejan perniagaan, untuk membantu memacu pertumbuhan perniagaan dan industri di Malaysia tahun ini.
Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan berkata ketiga-tiga fokus itu penting dalam pertumbuhan komuniti Metanya, yang telah mencecah tiga bilion orang di seluruh dunia, seterusnya membolehkan lebih 200 juta perniagaan pelbagai skala di seluruh dunia membina perniagaan mereka di Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Meta melancarkan Reels pada tahun 2020 sebagai tindak balas kepada aplikasi video berdurasi pendek TikTok.
"Di Malaysia, terdapat tiga keutamaan perniagaan yang kami lihat agak berkesan untuk pengiklan -- Reels, AI dan pemesejan perniagaan.
"(Bercakap tentang kandungan) Reels pastinya berfungsi dengan baik pada peringkat global. Kini terdapat 200 bilion Reels dimainkan setiap hari (merentasi Facebook dan Instagram), dan kami melihat bahawa mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik di Malaysia," katanya semasa membentangkan kemas kini perniagaan Meta untuk Malaysia di sini pada Khamis.
Mengenai Reels, beliau menjelaskan bahawa video secara global sudah berkembang apabila pengguna menghabiskan lebih daripada 50 peratus masa mereka di Facebook dan Instagram menonton video, dan menariknya, dua daripada tiga pengiklan sudah memasukkan Reels dalam pemasaran mereka.
Selain itu, Tan berkata menurut laporan terkini Meta, menonton video adalah aktiviti dalam talian nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia, dan 27 peratus responden Malaysia meletakkan video sebagai salah satu daripada tiga saluran teratas mereka untuk mendapatkan dan menilai produk.
Beliau menambah bahawa 26 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka telah membeli lebih banyak produk berkaitan penstriman dan pencipta kandungan berbanding tahun lepas.
"Jadi sementara kita melihat trend ini di peringkat global, ia pasti berlaku lebih pantas di pasaran seperti Malaysia dan Asia Tenggara," katanya.
Menurut Meta, pertumbuhan Reels berkait rapat dengan peranan AI dalam menyediakan pengalaman yang diperibadikan untuk orang ramai.
Ia berkata bahawa teknologi penyesuaian daripada Al memacu peningkatan 24 peratus dalam penggunaan kandungan Reels di Instagram.
Sementara itu, Meta berkata peranan pemesejan perniagaan adalah memudahkan perbualan perniagaan antara pemilik perniagaan dan khalayak mereka.
"Kini terdapat lebih satu bilion pengguna di serata dunia yang berhubung dengan perniagaan menerusi aplikasi permesejan Meta setiap minggu," katanya.
Data Boston Consulting Group (BCG) dan Meta pada 2022 menunjukkan sekurang-kurangnya satu daripada tiga penguna APAC mengirim mesej kepada perniagaan sekurang-kurangnya sekali seminggu dan tujuh daripada 10 perniagaan besar yang diselidiki meletakkan permesejan perniagaan sebagai sangat atau terlalu penting untuk keseluruhan perniagaan mereka.
Untuk Malaysia, 61 peratus daripada responden yang diselidiki merupakan pengguna permesejan perniagaan dan lebih daripada 55 peratus pengiklan di Malaysia menggunakan Iklan Klik ke Mesej.
Meta berkongsi bahawa Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, menjana petunjuk secara berhemat dengan menggunakan keupayaan pembelajaran mesin Meta dan dapat berhubung secara automatik dengan khalayak merentas kedua-dua borang petunjuk dan Messenger dalam satu kempen iklan melalui pengoptimuman destinasi.
"Kempen itu mengurangkan kos setiap petunjuk lima peratus lebih rendah di Malaysia daripada iklan dengan pengoptimuman destinasi, berbanding kempen biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Tan menambah bahawa 26 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka telah membeli lebih banyak produk berkaitan penstriman dan pencipta kandungan berbanding tahun lepas. - Foto fail/REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.