awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
Penunggang motosikal maut digilis treler
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia keluar nasihat Taufan Kalmaegi

Bernama
Bernama
05/11/2025
15:28 MYT
MetMalaysia keluar nasihat Taufan Kalmaegi
Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627 km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.
KUALA LUMPUR: Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina dikesan berada kira-kira 405 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627 km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.
Berdasarkan pencerapan MetMalaysia pada 8 malam ini, taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 km/j dan potensi kelajuan maksimum ialah 194 km/j.
"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Labuan serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.
Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan cedera.
Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#Taufan Kalmaegi
#cuaca buruk
#angin kencang
#laut bergelora
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan