MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Fung-Wong, amaran cuaca buruk di beberapa negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di beberapa negeri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Fung-Wong yang dikesan berada kira-kira 129 kilometer (km) ke barat daya Vigan City, Filipina, awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Taufan Fung-Wong dikesan berada 129 km barat daya Vigan City, Filipina, dengan pergerakan ke arah barat laut pada kelajuan 30 km/j dan kelajuan angin maksimum 120 km/j.
- Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan.
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Johor sehingga 12 tengah hari ini.
Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Johor sehingga 12 tengah hari ini.
Antara kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.
Di Selangor, cuaca buruk dijangka berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu dan Seremban; manakala di Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


