awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEVTA cadang garis panduan jualan cecair perisa rokok elektronik

Bernama
Bernama
07/11/2015
14:34 MYT
MEVTA cadang garis panduan jualan cecair perisa rokok elektronik
Kerajaan digesa mewujudkan satu garis panduan berhubung penjualan cecair berperisa untuk rokok elektronik (e-rokok) bagi mengelakkan pengusaha mengalami kerugian. -Gambar fail
Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) mencadangkan kerajaan mewujudkan satu garis panduan berhubung penjualan cecair berperisa untuk rokok elektronik (e-rokok) bagi mengelakkan pengusaha mengalami kerugian.
Presidennya Allan Foo berkata garis panduan itu perlu diadakan sebelum sebarang operasi ke atas penjualan cecair itu dijalankan.
"Jika tahap nikotin yang membimbangkan, kami berpendapat kerajaan harus memberikan polisi atau garis panduan kandungan nikotin yang boleh dijadikan piawaian khususnya kepada penjual cecair berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Kesihatan memulakan operasi pada Khamis lepas mengesan penjualan nikotin secara terbuka di seluruh negara dan sejumlah cecair perisa vape dirampas mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983. Di bawah Akta Racun 1952, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Foo berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi berkongsi pengetahuan mengenai kandungan cecair berperisa untuk e-rokok.
Katanya setakat ini, terdapat lebih 1,000 kedai yang menjual cecair vapor di seluruh negara.
Beliau berkata tindakan merampas cecair berkenaan boleh memberi kesan kepada pengusaha kecil yang menjalankan perniagaan itu.
"Pengusaha cecair vape membelanjakan kira-kira RM25 bagi menghasilkan 30 mililiter (ml)cecair perisa vape...mereka harus menanggung kerugian yang besar jika ia dirampas," katanya.
Topic Berkaitan
#allan foo
#E-rokok
#E-Vaporizers
#mevta
#nikotin
#Tembakau Alternatif
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan