awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Waris Tambi Jiee dalam proses terakhir selesaikan urusan pampasan

Bernama
Bernama
20/07/2015
14:32 MYT
MH17: Waris Tambi Jiee dalam proses terakhir selesaikan urusan pampasan
Tambi bersama isterinya Ariza dan anak-anak mereka -- Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz.
Keluarga Tambi Jiee, yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai tahun lepas, kini dalam proses mendapatkan surat kebenaran mentadbir bagi urusan menerima pampasan akibat insiden itu.
Pesawat itu yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia juga mengorbankan isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46, dan empat orang anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.
Drahman, abang sulung Tambi, berkata pampasan awal daripada MAS sudah diterima, namun bagi pampasan seterusnya, surat berkenaan diperlukan bagi menentukan siapa yang diberi kuasa untuk mentadbir urus pampasan itu.
"MAS memerlukan surat kebenaran mentadbir selain beberapa dokumen berkaitan dengan arwah. Kebanyakan dokumen sudah ada, cuma tunggu surat kebenaran mentadbir ini daripada Pejabat Daerah Miri, dijangka surat berkenaan akan diperoleh bulan ini juga (Julai).
"Apabila ada nanti, Insya-Allah saya akan berhubung dengan pihak peguam MAS," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau ditemui pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Sarawak di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika ditanya sama ada pihaknya mempunyai cadangan cara pampasan itu digunakan, Drahman berkata perkara itu akan dibincangkan bersama waris-waris lain.
Mengakui masih bersedih dengan kejadian itu, Drahman berkata sebagai manusia keluarganya reda dan tenang dengan ketentuan Allah.
Drahman berkata mereka juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menguruskan siasatan tragedi itu.
Menurutnya pada 11 Julai lepas, seramai lapan waris keluarga berkenaan turut menyertai majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Topic Berkaitan
#Ariza Ghazalee
#MH17
#pampasan
#tambi jiee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan