Abang kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 enggan pulang ke kampung selagi tidak mendapat bukti mengenai kehilangan pesawat itu.
Chng Khai Ling, 37 berkata bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapanya walaupun maklumat terkini mengatakan penerbangan pesawat berkenaan telah berakhir di Lautan Hindi.
"Apalah yang boleh dikatakan kepada ibu bapa di kampung selagi tiada bukti, takkan saya mahu pulang dengan tangan kosong", kata Khai Ling ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Adiknya, Mei Ling seorang jurutera adalah antara 227 penumpang termasuk 12 krew yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang sejak 8 Mac lepas.
"Sejurus pengumuman, ibu menangis, ia buat kami sekeluarga sedih, sehingga kini kami masih tidak percaya. Namun kalau jumpa bukti, kami boleh menerimanya dan buat masa ini kami masih menaruh harapan," katanya.
Penerbangan MH370 hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Beliau berkata pada kebiasaannya adiknya yang merupakan anak ketiga itu akan pulang ke rumah keluarga mereka di Sungai Petani, Kedah tetapi kali ini tidak sempat untuk berbuat demikian.
"Kami adik beradik sangat rapat dan berharap bukti dapat ditemui segera dan bersedia untuk ke Australia jika bukti telah ditemui," kata abang sulung kepada lima beradik itu.
Astro Awani
Thu Mar 27 2014
Abang kepada seorang penumpang pesawat MH370, Chng Khai Ling. --foto BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama
Kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.
PM ucap takziah kepada Muhyiddin
Anwar merakamkan ucapan takziah kepada Muhyiddin dan keluarga atas pemergian Abdul Aziz Mohd Yassin.
Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
Polis berjaya menahan lelaki itu di Genting Highlands, Pahang kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Jeti runtuh: 'Saya hanya mampu panggil nama abang sambil menangis'
Ketika kejadian tiupan angin laut agak kuat sebelum pondok jeti tersebut runtuh secara tiba-tiba.
Pahang tawar rumah kepada 8 beradik yatim piatu akibat COVID-19
Kerajaan Pahang hari ini menawarkan untuk membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19 minggu lepas.
Abang Menteri Besar Negeri Sembilan meninggal dunia
Ismail Harun, 75, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.
Cuba lerai 'perang mulut' abang dan kakak, pipi adik cedera terkena pisau
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, abang mangsa dikatakan mengamuk selepas dilarang pergi ke Kota Kinabalu oleh ibu mereka.
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir di sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, petang tadi.
Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin
Hishammuddin juga menegaskan bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik dalam melaksanakan dasar luar negara.
Adik direman bantu siasatan kes abang mati rentung
Suspek berusia 34 tahun yang bekerja sendiri ditahan di rumahnya dekat sini, malam tadi.