Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman tidak terkejut dengan kritikan terhadap beliau semasa mengendalikan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lepas.
"Malah sehingga sekarang saya masih dikritik. Saya masih tidak berubah dari 8 Mac tahun lepas sehingga sekarang," katanya apabila ditanya bagaimana dia menghadapi kritikan semasa taklimat media di sini hari ini sempena setahun kehilangan pesawat itu.
Azharuddin yang merupakan salah seorang jurucakap utama insiden itu semasa sidang akhbar harian menjadi sasaran kritikan terutamanya semasa mula-mula pesawat itu hilang, berikutan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan yang diterima pihak akhbar.
Mengimbas kembali beberapa minggu awal semasa pesawat itu hilang, Azharuddin berkata pasukannya begitu cemas semasa mencari pesawat itu.
#SETAHUNMH370: KONGSI INGATAN ANDA
"Keadaan pada awal kejadian adalah berbeza daripada hari ini. Kami kini berhubung dengan hampir semua pihak termasuk Inmarsat untuk mengumpul maklumat.
Setiap maklumat yang kami terima perlu disahkan dan kami perlu memaklumkan kepada media dan waris terdekat, katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac 2014 dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
NOTA: Saksikan temu bual penuh bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 8 Mac di saluran Astro AWANI (Saluran 501) mulai 7 pagi. Layari astroawani.com untuk laman tribut khas bagi memperingati setahun pesawat Malaysia Airlines MH370 mulai 12.01 pagi Ahad.
Bernama
Sat Mar 07 2015
Azharuddin perlu mengesahkan setiap maklumat yang diterima sebelum memaklumkan kepada media dan waris terdekat. - Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada syarikat penerbangan Bayu Air setakat ini.
'Penjejak masa sebenar dunia adalah apa yang diperlukan sekarang' - Ketua Pengarah DCA
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan dengan dan mengendalikan tragedi MH370.
Hari ketiga: Kawasan mencari MH370 diperluas, termasuk daratan
Setelah tiga hari operasi mencari dan menyelamat diaktifkan tiada sebarang petunjuk untuk menjumpai MH370 yang hilang pada awal pagi Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamat MH370 diperhebat pagi ini - DCA
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat.