EMPAT tahun berlalu, kehilangan pesawat MH370 sehingga kini menjadi antara berita paling besar dalam sejarah penerbangan negara.
Ia sekali gus menjadi titik tolak kepada permulaan pelbagai spekulasi dan ramalan rakyat terhadap insiden kehilangan berkenan.
Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan kru hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Sehingga kini, ia tetap menjadi misteri walaupun perkembangan terbaharu yang Malaysia memeterai perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut yang berpangkalan di Amerika, Ocean Infinity Limited untuk operasi baharu pencarian pesawat berkenaan memberi sedikit cahaya untuk merungkai misteri ini.
Usaha pencarian dan terma negara dengan negara-negara antarabangsa lain sehingga kini seharusnya tidak boleh dipertikai sesiapa dan kepercayaan seharusnya diberikan kepada kerajaan yang mahu misteri itu selesai dalam apa cara sekalipun.
Paling penting pada saat ini, diharap penerimaan positif waris-waris kru serta penumpang pesawat malang itu terhadap setiap usaha kerajaan.
BACA: Pencarian terkini pesawat MH370 akan berakhir pada pertengahan Jun
BACA: Misi pencarian MH370 diharap lancar - Hishammuddin
Kehilangan tidak diketahui
Dr Pauline Boss, seorang Professor Emeritus dalam bidang Sains sosial Keluarga di Universiti Minnesota telah memperkenalkan terma 'kehilangan tidak diketahui’ atau 'ambiguous loss' yang menjelaskan keadaan di mana sesorang itu berhadapan dengan ketidakpastian mengenai nasib ahli keluarga yang hilang.
Situasi ini disamakan dengan keadaan yang dihadapi oleh keluarga mangsa tragedi MH370.
Sejak 1973, Dr Pauline banyak terlibat dalam kajian dan membantu mereka yang mengalami kehilangan sebegini untuk meneruskan kehidupan dan menangani emosi.
Katanya, pengalaman kehilangan sebegini adalah lebih teruk berbanding biasa dan mencabar disebabkan tiada jawapan yang pasti ditemui menyebabkan mereka sukar untuk mendapat penutup (closure).
Ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang terjadi, bagaimana untuk menangani tekanan serta meneruskan kehidupan tanpa mendapat sokongan yang sewajarnya.
Untuk itu jelasnya, bantuan berupa kaunseling dan sokongan emosi amat membantu ahli keluarga yang terlibat.
BACA: 'Di mana kuburnya untuk kami ziarah?' - Waris Wan Swaid
BACA: MH370: "Saya sekarang nak besarkan anak-anak," rintih sang suami
Tidak berhenti berharap
Beberapa waris penumpang dan anak kapal MH370 menyokong penuh usaha pencarian diteruskan.
Apa yang pasti, harapan serta doa tidak pernah putus selain terlalu berharap ada khabar gembira diperoleh apabila operasi pencarian oleh kapal 'Seabed Constructor' kali ini.
Mereka berharap kesabaran itu ada hadiah gembira di hujungnya. Tiga bulan terakhir sebelum operasi pencarian berakhir Jun ini juga dianggap harapan yang akan membawa kepada penutup pelbagai persoalan mereka selama 48 bulan sebelum ini.
Apa yang pasti, mereka tidak pernah berhenti berharap, terus menanti perkembangan di media massa tempatan mahupun antarabangsa demi berita penemuan apa sahaja bahagian yang sahih dari badan MH370 untuk sekurang-kurangnya memberi noktah kepada kebingungan masing-masing.
Mengikut seorang pakar psikiatri dan psikologi yang terkenal dari Britain, Dr John Bowlby pada tahun 1980, secara semulajadi sesorang individu itu akan bertindak terhadap kehilangan menerusi tingkah laku yang berikut: terkejut, protes, bersedih dan kemudiannya mencari (shock, protest, crying and searching).
Jelas pakar itu, apabila yang tersayang tidak ditemui berulang kali, maka perasaan akan bertukar dari putus asa kepada berkabung.
Dr John juga memberitahu, jika proses pencarian ini masih belum berakhir, maka sukar untuk individu tersebut menjalani fasa berkabung secara normal.
BACA: MH370: 'Mak tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan'
BACA: Empat tahun MH370: Kehidupan diteruskan, namun harapan takkan padam
Cerita rindu papa
Majlis memperingati insiden MH370 buat tahun keempat yang diadakan baru-baru ini adalah pertemuan untuk ahli keluarga terlibat dalam usaha mereka mengurangkan tekanan perasaan selain menjadi pengikat satu keluarga besar baru yang lahir selepas kehilangan pesawat itu.
Mereka bergerak dalam satu perasaan, misi dan harapan sama yang diluah di kumpulan WhatsApp, halaman Facebook dan semua medium media sosial yang ada.
Tujuannya, mahu dunia tahu keluarga besar MH370 ini tidak pernah putus harap kepada penemuan apa sahaja bukti sahih terhadap kehilangan pada 8 Mac 2014 itu.
Kisah anak sulung kru MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan yang masih menanti 'papanya pulang dari work' empat tahun lalu tidak pernah dilupakan rakyat negara ini.
Iman yang berusia sembilan tahun kini menjelaskan tidak pernah meninggalkan rutin harian untuk menatap potret bapanya setiap kali pulang dari sekolah.
Dia tidak pernah jemu menunggu kepulangan bapanya yang dipanggil "papa".
Ibunya, Intan Maizura Othman, 38 tahun, dan adik lelakinya, Muhammad Mohd Hazrin, 4 tahun, sentiasa menjadi penguat semangat sesama sendiri dan realistik menerima kenyataan.
Selain Intan, Kamariah Sarip, ibu kepada Mohd Razahan Zamani, seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu tetap menitip doa dan harapan sentiasa meniti di bibir dan mindanya agar anak dan menantunya Nurli Akma Hamid dapat ditemui dalam keadaan selamat.
"Walaupun ada pihak yang cuba berkata buruk (mengenai kehilangan pesawat itu), saya akan tepis dan yakin Allah tahu di mana mereka berada.
“Apa yang saya pegang hingga kini adalah jika betul dia dah meninggal dunia, kenapa tiada sijil kematian?” katanya.
Dr Elisabeth Kubler Ross, seorang pakar psikiatri terkenal di Amerika mengatakan bahawa terdapat lima fasa yang dihadapi oleh individu apabila menghadapi kematian orang yang dikasihi.
Apabila fasa ini ditempuhi dengan lancar, maka individu tersebut akhirnya dapat mencapai fasa penerimaan (acceptance), yang merupakan fasa terakhir dalam berkabung atau 'grief'.
Hurai pakar berkenaan, apabila mencapai fasa ini, individu dapat menerima kematian keluarga tersayang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Bagaimanpun, jelasnya, ini tidak berlaku untuk keluarga mangsa tragedi ini kerana penantian yang lama untuk mendapat kepastian serta mempercayai bahawa tragedi tersebut dapat dielakkan menyebabkan mereka berhadapan dengan tekanan yang berterusan.
Katanya, ini kemudiannya mengakibatkan tempoh berkabung menjadi panjang atau dipanggil 'Prolonged grief'.
Apa akhirnya MH370?
Kes kehilangan ini bukan kali pertama berlaku di dalam dunia.
Antara pesawat lain yang pernah hilang adalah Pesawat Air France Flight 447 yang berlepas dari Rio de Janeiro menghala ke Paris pada 31 Mei 2009.
Bagaimanapun, bangkai pesawat ditemui selepas dua tahun bersama-sama perakam data dan sebahagian besar mayat mangsa sengan kesemua 228 kru kapal dan penumpang dilaporkan terkorban.
Selain itu, Boeing 727-223 dilaporkan hilang di ruang udara Luanda, ibu kota negara Angola.
Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Quatro de Fevereiro pada 25 Mei 2003 dan menghala ke Burkina Faso dan tiada sebarang maklumat mengenai lokasinya diketahui sehingga kini.
Kerana itu, Dr Holly Prigerson, professor dalam bidang sosiologi dan Pengarah Pusat Kajian 'End of life care', Weil Cornell Medical College di Amerika Syarikat telah menggariskan kriteria untuk memenuhi diagnosa 'Prolonged grief disorder'.
Jelasnya, ia terjadi apabila individu terbabit mengalami fasa berkabung yang lama, mengalami tekanan yang ketara akibat perpisahan dan pengharapan yang tinggi terhadap mereka yang telah tiada atau hilang.
Katanya, ia terdiri daripada perasaan sukar menerima kehilangan, marah, rasa tiada makna atau tujuan dalam hidup tanpa mereka yang telah pergi serta mengelakkan realiti yang mengingatkan kepada kehilangan tersebut.
Biasanya ia berlaku selepas enam bulan selepas kehilangan dan turut menjejaskan fungsi harian individu tersebut.
Selain itu, Dr Prigerson turut menyatakan bahawa faktor kehilangan yang tidak dijangka serta tiba-tiba turut menyebabkan masalah ini berlaku.
BACA: 9 kes kehilangan pesawat penuh misteri dalam sejarah
BACA: "Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang Intan pada anak
Doakan pencarian MH370 segera berakhir, masyarakat dunia menunggu dengan penuh rasa positif misteri ini akan segera berakhir.
Doakan juga, biarlah ada pengakhiran gembira kepada Iman yang menanti 'papanya pulang dari work' sejak dari tahun 2014.
Amin ...
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 07 2018
Paling penting pada saat ini, penerimaan positif waris-waris krew serta penumpang pesawat malang itu terhadap setiap usaha kerajaan mencari MH370. - Gambar AFP / MOHD RASFAN
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah
Ketika menjawab soalan berkaitan kehilangan anaknya, tiba-tiba wanita berkenaan memberitahu pegawai operator 911 mengenai perbuatannya terhadap kanak-kanak malang itu.
MH370: Bila penantian pulang 'papa pergi work' akan berakhir?
EMPAT tahun berlalu, kehilangan pesawat MH370 sehingga kini menjadi antara berita paling besar dalam sejarah penerbangan negara.