Genap setahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, lebih 800 sukarelawan Institut Onn Ja'afar (IOJ) menterjemah tanda solidariti melalui program ‘#MH370 Forever In Our Hearts’.
Taylor's University menjadi lokasi mereka berhimpun bersama-sama bagi memperingati peristiwa itu dengan harapan keluarga mangsa akan diberikan kekuatan untuk meniti hari-hari yang akan datang dalam kehidupan dan berdoa untuk kesejahteraan mereka.
365 hari berlalu, namun doa dan harapan tidak pernah padam.
Ingatan terhadap waris dan ahli keluarga mangsa, terus segar dan kepada sang pencipta, dipohon supaya sentiasa menyuntik kekuatan untuk meniti hari-hari mendatang.
Ketua Pegawai Eksekutif IOJ Charles Mohan berkata program yang dianjurkan bersama Taylor's Hostel Management itu diadakan bagi memberi harapan dan semangat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
“Mungkin kami semua tidak kenal secara rapat siapa mangsa-mangsa MH370 ini, tetapi insiden inilah yang telah membawa rakyat malaysia bersama-sama berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk keluarga mangsa meneruskan kehidupan mereka,” katanya kepada pemberita seleas berucap pada program ‘#MH370 Forever In Our Hearts’ di Taylor’s University pada Jumaat.
Di acara tersebut, Mohan bersama-sama Naib Canselor Taylor's University, Professor Datuk Dr Hassan Said melepaskan 239 belon disaksikan 800 sukarelawan IOJ yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Taylor's University, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara Dan Universiti Putra Malaysia.
Mereka turut bertafakur selama seminit bagi mendoakan kesejahteraan kesemua 239 penumpang serta anak kapal MH370.
Sementara itu, Hassan berkata beliau kagum dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan pelajar bukan sahaja dari universitinya malah daripada pelbagai universiti tempatan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti kesukarelawan.
Ujarnya, pelajar-pelajar ini begitu komited melibatkan diri dalam apa juga aktiviti kesukarelawan dan beliau percaya sumbangan pelajar ini akan memberi impak kepada masyarakat dan negara.
"Kesan kehilangan pesawat ini mengingatkan kita pentingnya semangat kerjasama dalam menghadapi musibah dan saya lihat pelajar-pelajar ini begitu komited melibatkan diri dalam apa juga aktiviti kesukarelawan dan kita percaya sumbangan pelajar ini akan memberi impak kepada masyarakat dan negara," katanya.
Rata-rata pelajar yang ditemui turut menzahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa tragedi tersebut.
“Biarlah yang pergi tu, pergi. Janganlah kita kenang kembali cuma jadikan ia sebagai satu paras bagi kita untuk masa hadapan supaya lebih berhati-hati dan sebagainya,” kata Muhammad Fahmi, 23 dari Universiti Teknologi MARA.
“Walaupun saya bukan sebahagian daripada ahli keluarga mangsa MH370, tapi saya tetap merasa kesedihan yang dialami jadi saya berharap agar semua ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini,” kata Nur Syahirah, 19 dari Taylor’s College.
Bina kekuatan dalam meneroka jawapan
Sementara itu di majlis sama, Menteri Pertahanan yang juga penaung IOJ, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tampil melalui rakaman video khas.
"Hakikatnya ialah kita dapat bersama walaupun dalam kesakitan yang diharungi. Bukan tugas yang mudah mendapat 26 negara untuk bekerjasama.
Rakyat Malaysia bersatu dalam sesuatu tragedi untuk melihat dengan lebih meluas dan memahami bagaimana untuk melihat di sisi positif sesuatu yang konstruktif,” kata Hishammuddin.
Tambahnya, rakyat Malaysia mempunyai daya tahan yang kuat.
Mereka bersikap rasional dan mempunyai keupayaan untuk menghadapi kesemua cabaran tersebut.
“Walaupun sudah genap setahun, orang masih bercakap mengenainya, tetapi kita masih bersatu dan pencarian masih diteruskan.
“Meskipun kapal terbang belum ditemui, kita masih bersatu, itu adalah sesuatu yang kita harus banggakan” katanya.
Beliau mengingatkan semua, tragedi ini bukan sahaja mengenai kehilangan pesawat tetapi ia melibatkan jiwa, rasa dan emosi insan.
"Elemen kemanusiaan tersebut adalah sesuatu yang saya rasa begitu dekat di hati saya, kerana akhirnya ia bukan soal pesawat hilang tetapi mengenai keluarga. Mereka ada anak-anak, isteri, suami dan ibubapa.
“Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk kita mencari kesimpulan insiden ini. Masa memerlukan banyak kekuatan dan ada kekuatan dalam perpaduan," ujar Hishammuddin.
Malik Ridhwan
Mon Mar 09 2015
365 hari berlalu, namun doa dan harapan tidak pernah padam.
Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi banjir di Sabah
Dalam masa sama, 1,456 aset disediakan oleh agensi terbabit termasuk 16 logistik udara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan hingga awal tahun depan.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
KKR siap siaga hadapi gelombang kedua banjir - Ahmad Maslan
Pasukan Gerak Kerja bencana negeri telah diarah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan jaringan perhubungan jalan raya tidak terjejas susulan banjir.
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Blinken akan bertemu Dermer dalam usaha realisasi gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel Ron Dermer sebagai usaha merealisasikan gencatan senjata di Gaza.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bali Nine: Pemindahan lima banduan ke Australia diharap dapat diselesai segera
Rundingan penghantaran pulang baki lima ahli kumpulan penyeludupan dadah Bali Nine ke Australia masih memerlukan banyak perkara yang diteliti, kata Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra.
MH370: Doa dan harapan tidak pernah padam
Lebih 800 sukarelawan Institut Onn Ja'afar (IOJ) menterjemah tanda solidariti melalui program #MH370 Forever In Our Hearts.