Kapal pencari keempat, Fugro Supporter, dijangka tiba di kawasan mencari di selatan Lautan Hindi dan memulakan operasinya untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370, akhir bulan ini.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), dalam kenyataan hari ini, berkata 'Fugro Supporter' dilengkapi kenderaan dasar laut (AUV) Kongsberg HUGIN 4500.
"AUV ini akan digunakan untuk mengimbas bahagian kawasan mencari yang tidak dapat diteroka dengan berkesan oleh peralatan yang terdapat pada kapal lain.
"Ia tidak dihubungkan ke kapal itu melalui kabel, tetapi akan melakukan penyiasatan melalui penggunaan alat yang diprogram terlebih dahulu mengenai kawasan dasar laut," kata kenyataan itu.
JACC berkata AUV itu akan turun dan kembali ke 'Fugro Supporter' secara automatik bagi mengumpul data untuk dimuat turun dan baterinya akan diganti selepas melakukan setiap misi ke dasar laut.
Sementara itu, JACC berkata setakat ini, pencarian telah dilakukan di lebih 14,000 km persegi dasar laut.
"Diandaikan kapal ini tidak mengalami kelewatan dan masalah peralatan atau cuaca, sebahagian besar kawasan pencarian di dasar laut yang ditetapkan ketika ini akan dapat diliputi sekitar Mei 2015," katanya.
Ketika ini, tiga kapal iaitu 'Go Phoenix', 'Fugro Discovery' dan 'Fugro Equator' dikerah untuk mencari pesawat berkenaan di selatan Lautan Hindi, tempat para pegawai percaya Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, mengakhiri perjalanannya.
'Fugro Supporter' akan menyertai tiga kapal itu di kawasan mencari terpencil.
Usaha mencari pesawat berkenaan kini memasuki bulan kesembilan setelah ia hilang pada 8 Mac tahun lepas.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Bernama
Wed Jan 14 2015
JACC berkata setakat ini, pencarian telah dilakukan di lebih 14,000 km persegi dasar laut - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
MH370: 'Fugro Supporter' sertai pencarian di dasar laut akhir Januari
Kapal pencari keempat, Fugro Supporter, dijangka tiba di kawasan mencari di selatan Lautan Hindi dan memulakan operasinya untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines, akhir bulan ini.