Mengendalikan sidang media membabitkan kira-kira 600 wakil media tempatan dan asing menuntut Jagjit Singh Sarjit Singh menggunakan segala kemahiran yang dimiliki untuk memastikan persidangan
mengenai perkembangan terkini tragedi MH370 itu berjalan lancar dan memenuhi tujuannya.
Menyifatkan pembabitannya berlaku secara 'bidan terjun', Penolong Pegawai Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu berkata beliau bukan sahaja perlu bersedia dengan segala maklumat yang perlu tetapi juga harus bijak menangani wartawan, terutama media asing yang adakala bertanyakan soalan berbentuk provokasi.
"Tidak ada ruang untuk saya lakukakan kesalahan. Sebelum sidang media berlangsung banyak persediaan perlu saya lakukan," katanya yang ditemui Bernama selepas ditemu ramah oleh Radio24 Bernama menerusi rancangan 'Ala Carte Pagi' yang dikendalikan Raifah Nabilla dan Shuhada Armawan, di sini pada Isnin.
Jagjit Singh yang mengendalikan sidang media mengenai MH370 itu sejak 10 Mac lepas, mengakui agak gementar apabila mengetahui dipilih menggantikan seorang pegawai lain menjadi moderator sidang media tersebut.
"Saya seakan tak percaya. Pelbagai perkara bermain di fikiran saya memandangkan ini adalah kali pertama saya menjadi moderator sidang media terbesar dan membabitkan isu besar negara," katanya yang berdepan wakil media daripada 281 agensi dari 33 negara hampir setiap hari sejak tarikh itu.
Menurut Jagjit Singh beliau belajar daripada setiap sesi dan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan pada hari berikutnya.
"Ada yang memuji cara saya mengendalikan sesi sidang media itu, namun tidak kurang juga mengkritik terutamanya media luar yang bertanyakan kepada saya kenapa tempoh sidang media amat singkat sehingga banyak soalan tidak dapat diutarakan," katanya.
Bagaimanapun dengan penjelasan yang diberikannya, selain pelbagai bantuan lain termasuk mengatur temu ramah khas untuk media asing dengan pihak yang berkenaan dapat meredakan rasa tidak puas hati mereka, sekali gus memberi imej positif kepada negara, katanya.
"Saya belajar sesuatu daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya itu iaitu erti sabar," katanya sambil menambah media tempatan dilihat amat disiplin, tenang dan sopan ketika bertanyakan soalan berbanding media antarabangsa yang agak agresif dalam mendapatkan maklumat terkini
berhubung insiden itu.
Hari ini sidang media terakhir diadakan di pusat media mengenai tragedi MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selepas operasi pusat itu ditamatkan bermula esok.
Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan sebelum ini semua kenyataan akhbar selepas ini akan dihantar terus kepada media menerusi e-mel.
Bernama
Tue Apr 08 2014
Jagjit Singh Sarjit Singh
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Rasuah projek hibrid solar: Pihak pembelaan kemuka 6 saksi Jun depan - Peguam Rosmah
Pihak pembelaan akan mengemukakan enam saksi dalam sesi pembelaan pada bermula Jun depan.
"Ke Mekah guna sumbangan politik, bukan wang rasuah" - Bekas pegawai Rosmah
Rizal nafi ke Mekah guna wang rasuah, sebaliknya, ditaja oleh Saidi dan rakan kongsi perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah.
MH370: Menjelang 400 hari, tiada bendera putih daripada pasukan pencari
Usaha memperluas kawasan pencarian di Lautan Hindi membuktikan Malaysia dan pasukan pencari tidak akan mengangkat bendera putih dalam mendapatkan apa jua petunjuk keberadaan pesawat MH370.
Pengalaman Jagjit mengendali Sidang Media MH370
Menjadi moderator mengendalikan sidang media tragedi MH370 yang dihadiri kira-kira 600 wakil media tempatan dan asing merupakan satu cabaran yang terbesar.
MH370: Jagjit tidak gentar tangani sikap agresif media asing
Pengalaman Jagjit Singh Sarjit Singh berdepan dengan lebih 600 wakil media tempatan dan asing yang mengikuti tragedi MH370.