"Mak akan tetap tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan. Mak tak akan mengalah," itu luahan perasaan Kamariah Sarip, ibu kepada Mohd Razahan Zamani, seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu.
Walaupun sekian lama masa berlalu, namun bagi Kamariah, 59, doa dan harapan sentiasa meniti di bibir dan mindanya agar anak dan menantunya, Nurli Akma Hamid, yang turut berada dalam pesawat berkenaan, dapat ditemui dalam keadaan selamat.
"Saya terlampau rindukan dia. Bila saya rindu (Mohd Razahan), saya akan peluk cium baju dia. Kalau saya dah tiada, saya tak akan jumpa dia sampai bila-bila. Lepas arwah bapa dia meninggal, dia pula hilang, kini saya macam dah patah sayap.
"Walaupun ada pihak yang cuba berkata buruk (mengenai kehilangan pesawat itu), saya akan tepis dan yakin Allah tahu di mana mereka berada.
"Apa yang saya pegang hingga kini adalah jika betul dia dah meninggal dunia, kenapa tiada sijil kematian?," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Memperingati MH370 Kali Ke-empat, di sini pada Sabtu.
BACA: Empat tahun MH370: Kehidupan diteruskan, namun harapan takkan padam
Program berkenaan diadakan bagi mengenang peristiwa kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pada 8 Mac 2014.
Selain memberi peluang kepada orang ramai memberi sokongan moral kepada ahli keluarga para penumpang, sesi ceramah, persembahan dan aktiviti menampal mesej ucapan di dinding turut diadakan.
Nurlaila Ngah@Awang, 44, isteri ketua pramugara, Wan Swaid Wan Ismail berkata beliau dan anak-anak semakin tabah dan kental untuk meneruskan hidup.
"Kehidupan kami berjalan seperti biasa walaupun kesedihan yang teramat sangat itu masih ada dan sampai hari ini saya masih teringatkan dia dan merinduinya.
"Walaupun saya akui agak rumit besarkan mereka seorang diri, tetapi saya berusaha untuk mencekalkan diri dengan menghadiri kelas agama dan mendekati Tuhan, saya rasa mendapat petunjuk," katanya, tenang.
Intan Maizura Othman, 37, isteri pramugara, Mohd Hazrin Hasnan pula berkata walaupun sukar menguruskan dua anaknya berseorangan, beliau bersyukur kedua-duanya kini membesar dengan sihat.
"Kalau dulu anak sulung (perempuan) asyik bertanyakan tentang ayahnya, kini dia yang sudah berusia sembilan tahun lebih matang dan faham. Buatkan saya senang nak terangkan situasi tersebut kepada dia.
"Saya kini lebih realistik dan terima apa jua kenyataan kerana sebagai umat Islam, kita kena redha dan jalani kehidupan seperti biasa dan sentiasa bersabar dengan dugaan yang datang, " kata ibu kepada Iman dan Muhammad, 4.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 03 2018
Seorang kanak-kanak mewarnakan lukisan pesawat MH370 sewaktu Majlis Memperingati Tragedi MH370 di ruang legar Publika pada Sabtu. - fotoBERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.