awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Malaysia terima keputusan ATSB lanjutkan tempoh pencarian

Bernama
Bernama
20/10/2016
07:45 MYT
MH370: Malaysia terima keputusan ATSB lanjutkan tempoh pencarian
ATSB memutuskan melanjutkan tempoh pencarian MH370 selama dua bulan ekoran cuaca buruk di Lautan Hindi. - REUTERS/Rob Griffith/Pool/Files
Malaysia menerima keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang memutuskan untuk melanjutkan tempoh pencarian pesawat malang itu selama dua bulan lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata lanjutan tempoh pencarian itu terpaksa dibuat memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di lokasi pencarian sekarang.
"Di kawasan pencarian tersebut, musim dan cuaca tidak mengizinkan sehingga misi tidak dapat dijalankan dengan sempurna, jadi kita bersetuju dengan dapatan dibuat penyiasat di sana iaitu dua bulan lagi untuk teruskan pencarian MH370," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Isu Semasa: Ancaman Militian Daesh di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani di sini hari ini.
Semalam, laporan media antarabangsa menyebut ATSB memutuskan melanjutkan tempoh pencarian MH370 selama dua bulan ekoran cuaca buruk di Lautan Hindi. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ATSB
#Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
#Jailani Johari
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan